PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 11 December 2014

Fahmi Minta Simpati Universiti Malaya



Pelajar Universiti Malaya (UM) Fahmi Zainol mempersoalkan tindakan pihak universiti yang menggantung pelajarannya selama dua semester ekoran penganjuran pidato Ketua Pembangkang Datuk Anwar Ibrahim di kampus.

Fahmi yang juga didenda RM600 oleh UM berkata, beliau walaubagaimanapun berterima kasih kepada pihak universiti kerana masih mengekalkan status mahasiswa UM.

"Pernahkah pihak Naib Canselor dan universiti, menteri sekali pun, memikirkan bagaimana perasaan ibu dan ayah saya? Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi saya bakal bergraduasi.

"Pernahkah mereka terfikir betapa gembiranya ibu dan ayah saya sekiranya dapat melihat anaknya memegang segulung ijazah dalam beberapa bulan sahaja lagi?" katanya menerusi laman sosial Facebook beliau.

Fahmi mempersoalkan hukuman itu, dan bertanya samada pentadbiran UM mengambil kira kesusahan beliau belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarganya.

"Pernahkah mereka terfikir? Ataupun perasaan sebagai seorang manusia dilemparkan sejauh-jauhnya demi kepentingan masing-masing," tulisnya dalam kiriman Facebook.

Beliau mengakui menjangkakan hukuman itu, tetapi menyoal sama ada menjadi satu kesalahan sekiranya beliau ingin memperbetulkan keadaan.

"Adakah saya bersalah jika bersuara? Saya bukanlah pelajar yang tercicir, saya bukanlah pelajar yang tercorot dan saya bukanlah remaja yang jauh menyimpang dari jalan yang betul.

"Tetapi, perbuatan saya hanya semata-mata membetulkan apa yang tidak betul," katanya.

UM semalam melalui prosiding tatatertib memutuskan menggantung pengajian dan mendenda Fahmi dan Safwan kerana penglibatan dalam program "40 Tahun Dari UM ke Penjara".

No comments:

Post a Comment