PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday 30 December 2014

Perdana Menteri Tinjau Keadaan Banjir Di Perak



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan tinjauan ke negeri Perak untuk mengetahui lebih dekat keadaan banjir teruk yang melanda beberapa kawasan di negeri ini.
Beliau yang diringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tiba di Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak kira-kira jam 1.20 tengahari untuk melawat 1,023 mangsa daripada 267 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan itu.
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat sendiri keadaan penempatan di situ di samping bertanya khabar bertanyakan khabar mangsa banjir.
Terdahulu, beliau tiba kira-kira di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh kira-kira jam 12 tengahari sebelum dibawa menaiki kenderaan melalui jalan darat ke kawasan Daerah Perak Tengah yang dilanda banjir.
Selain MRSM Pasir Salak, Najib turut meninjau sebuah lagi pusat pemindahan yang dibuka di kawasan Kampung Gajah iaitu Pusat Latihan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Galah yang menempatkan 654 mangsa daripada 168 keluarga.
Beliau kemudiannya meninjau dan melihat dengan lebih dekat keadaan banjir di
kawasan sekitar terutama kawasan pekan Kampung Gajah yang kini ditenggelami air hampir satu meter.
Perdana Menteri kemudiannya melawat dan bermesra dengan mangsa banjir yang
ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan, Parit.

No comments:

Post a Comment