PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 29 December 2014

Jumlah Terkini Mangsa Banjir Di Perak



Jumlah mangsa terkini banjir di Perak mencatatkan peningkatan kepada 7,513 setakat pagi Ahad.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, mereka adalah daripada 1,968 keluarga dan ditempatkan di 56 pusat pemindahan di seluruh negeri.
Tentatif Program Lawatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke Daerah Kerian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk meninjau kawasan banjir di sekitar Daerah Kerian pada Ahad.
Baginda dijadualkan mendengar taklimat daripada pegawai daerah Kerian dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perak pada tengahari.
Baginda kemudiannya akan melawat ke pusat pemindahan banjir di Sek Keb. Bukit Merah sebelum meninjau ke Alur Limpah Utara di Kolam Bukit Merah.
Sultan Nazrin kemudiannya dijadualkan berangkat ke Daerah Perak Tengah untuk mendengar taklimat daripada pegawai daerah di SMK Lambor Kanan.
Aturcara lawatan baginda diteruskan dengan melawat mangsa banjir di Dewan SMK Muzafar sebelum bergerak pulang.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta pembesar negeri akan mengiringi Sultan Nazrin sepanjang lawatan tersebut.

No comments:

Post a Comment