PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 5 December 2014

Pro-Mahasiswa Menang di UM



Keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) menyaksikan kemenangan kumpulan Pro-Mahasiswa dengan jumlah  21 kerusi menewaskan Pro-Aspirasi atau Penggerak Mahasiswa sebanyak 16 kerusi.

Pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin berkata, pihaknya amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada Pro Mahasiswa dalam memimpin penuntut universiti tersebut.

“Saya mewakili seluruh Jentera Pro-Mahasiswa mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong, pendokong dan juga mahasiswa Universiti Malaya yang telah memberikan kepercayaan kepada kami semula untuk memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)  sesi kali ini,” katanya yang dipetik menerusi laman rasmi Facebook Pro-Mahasiswa UM.

Pilihan raya yang turut menyaksikan pertaruhan calon Bebas hanya berjaya memperolehi tiga kerusi.

Sebanyak 40 kerusi dipertandingkan tahun ini  iaitu sebanyak 32 kerusi fakulti dan lapan kerusi umum.

Kemenangan ini menyaksikan Pro-Mahasiswa berjaya mengekalkan ‘tampuk pemerintahan UM’ selepas tahun lepas turut menang, dengan pecahan mereka menang sebanyak 26 kerusi, Pengerak Mahasiswa 14 dan Bebas tiga kerusi.

No comments:

Post a Comment