PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 1 December 2014

Rumah - Golongan Muda 'Diperkosa', Pemaju Rakus



Ekonomi khusus melibatkan golongan muda merupakan suatu tajuk yang seronok dibincang atau dibangkitkan namun ia hanyalah diumpamakan seperti 'kudis buta' iaitu semakin digaru semakin sedap'.

Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Saiful Hazizy Zainol juga berkata, penyakit berkenaan bagaimanapun akan merebak sekiranya tidak dirawat.

"Ekonomi anak muda, tongkat sakti dan kudis buta. Semakin digaru semakin sedap sehingga luka berdarah. Apabila ada yang membangkitkan soal ekonomi muda, pasti akan mendapat perhatian dan menerima tepukan gemuruh.

"Namun ia masih tidak mencukupi kerana kudis buta ini akan terus merebak jika tidak dirawat."

Beliau berkata demikian ketika ucapan Perbahasan Usul Ekonomi dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ke 68 (PAU2014) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Justeru itu beliau menegaskan bahawa agenda memperkasakan ekonomi kaum Melayu termasuk di luar bandar harus mencapai matlamat.

Sementara isu-isu seperti perumahan serta pihak perbankan yang menawarkan pimjaman mudah pula hanyalah mengundang bebanan hutang kepada orang ramai.

"Mereka (bank) menawarkan kad kredit dan pinjaman rumah yang mudah. Ini adalah seperti 'separuh ular, separuh belut'. Umpama 'memberi payung ketika cuaca baik tetapi mengambilnya semula pada hari hujan'.

"Kita akan terus berhutang ibarat hamba yang tidak bebas. Hutang tersebut yang bertimbun-timbun itu merupakan kudis buta.

"Apa guna menjadi Melayu kalau dibumi sendiri kita merempat. Apa guna membina rumah jika hanya mampu melihat," tegas beliau.

Selain daripada itu Saiful Hazizy juga mengecam keras tindakan segelintir pihak swasta dan syarikat-syarikat korporat yang tidak menyumbang kepada keseimbangan para pekerja Melayu.

"Diskriminasi terhadap Melayu semakin menjadi-jadi. Oleh itu kita mencadangkan supaya Menteri Sumber Manusia diberikan semula kepada UMNO," ujarnya.

No comments:

Post a Comment