PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 30 June 2014

Najib lawat Hadi Awang di IJN



KUALA LUMPUR  - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa menziarahi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN).
Perdana Menteri yang datang dalam keadaan santai dengan hanya mengenakan baju kemeja lengan pendek berwarna kelabu dan berseluar hitam turut mendoakan Abdul Hadi semoga cepat sembuh.
“Menziarahi Tuan Hj. Hadi (Abdul Hadi) di hospital baru tadi. Moga cepat pulih, Insya-Allah," katanya menerusi Twitter sambil memuat naik gambar beliau bersama Presiden Pas itu.

Gambar mesra yang menyaksikan Perdana Menteri dalam keadaan berdiri sedang mengusap belakang Abdul Hadi yang duduk bersila di atas katil disambut positif oleh rakyat.
Salah seorang ialah Amalaziz, yang segera memuji ikatan persaudaraan yang terjalin antara kedua-dua pemimpin utama orang Melayu itu walaupun berbeza kepentingan politik.
“Alhamdulillah. Muafakat ini yang kita semua perlukan. Ketepikan kepentingan politik dan utamakan perpaduan agama dan bangsa," komen Amalaziz menerusi twitter kepada Najib.
Pada 30 Mei lalu, Abdul Hadi yang dalam lawatan ke Turki terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Medipol Hastansi di Istanbul, selepas beliau mengadu sesak nafas.

Sebaik sahaja mengetahui berita tersebut, Perdana Menteri telah meminta Pejabat Kedutaan Malaysia di Turki supaya memberikan bantuan sewajarnya kepada Presiden Pas tersebut.
Abdul Hadi hanya pulang semula ke tanah air 18 Jun lalu dan mendapat rawatan susulan di IJN sehingga kesihatannya membenarkan untuk kembali meneruskan aktiviti politik.

Penguat kuasa KDN rasuah kes mesin judi akan dibuang - Ahmad Zahid



JOHOR BAHRU 30 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk membuang kerja pegawai penguat kuasa daripada pihak berkuasa di bawah kementerian berkenaan yang didapati terlibat menerima rasuah dalam usaha membanteras kegiatan mesin judi haram di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti ada antara pihak penguat kuasa di bawah KDN yang melakukan jenayah itu supaya tampil menyalurkannya agar tindakan segera dapat diambil.

"KDN mempunyai tiga langkah ke atas mereka yang terlibat iaitu mengadakan siasatan dalaman, bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tindakan mengikut garis panduan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) sehingga ke tahap pembuangan kerja.
"Saya ingin tegaskan bahawa pihak kementerian sentiasa memantau kegiatan perjudian itu. Malah saya sendiri sudah menerima banyak maklum balas supaya aktiviti seumpama itu perlu dibanteras habis-habisan," katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Bersama Warga KDN Johor di Kompleks KDN di Setia Tropika, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sunday 29 June 2014

Pengawal Keselamatan Wajib Buat Pengesahan IC




KUALA KUBU BHARU - Berkuat kuasa 1 September, semua syarikat kawalan keselamatan diwajibkan membuat pengesahan kad pengenalan calon yang memohon kerja sebagai pengawal keselamatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon berkenaan perlu hadir ke JPN untuk membuat pengesahan MyKad secara biometrik sebelum syarikat mengemukakan permohonan tapisan keselamatan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Langkah ini bertujuan memastikan semua pengawal keselamatan tempatan adalah warga Malaysia dan juga pemilik kad pengenalan yang sah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Latihan Pengawal Keselamatan Bertauliah (CSG) di sini hari ini.

Ahmad Zahid menarik perhatian langkah itu susulan pelbagai isu yang timbul berkaitan industri kawalan keselamatan termasuk kualiti syarikat berkenaan, penggunaan pengawal keselamatan warga asing tanpa izin serta penggunaan kad pengenalan palsu.

Ahmad Zahid berkata 659 pengawal keselamatan warga asing tanpa izin ditahan di seluruh negara sejak 1 September 2013 hingga 23 Jun lepas.

"Kita (KDN) turut membatalkan lesen lapan syarikat kawalan keselamatan dan memberi amaran terakhir kepada 25 syarikat kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk menggaji pengawal keselamatan warga asing haram.

"Saya ingin mengingatkan dan memberi amaran kepada mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang masih menggaji pengawal kesalamatan warga asing haram supaya menghentikan perbuatan ini dengan serta-merta atau berdepan tindakan pembatalan lesen oleh KDN," tegasnya.

Berhubung pelaksanaan gaji minimum bagi pengawal keselamatan, Ahmad Zahid berkata ia bukan bertujuan membebankan syarikat kawalan keselamatan sebaliknya untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam kalangan pekerjanya.

"Ketika ini, kadar gaji minimum bagi gaji pokok RM900, tidak termasuk elaun dan kerja lebih masa. Purata gaji yang diperoleh sekitar RM1,200 hingga RM1,900," katanya.

"Dalam memastikan syarikat memberi perkhidmatan terbaik dan pada masa sama tidak gulung tikar disebabkan pelaksanaan gaji minimum...atas pertimbangan ini KDN menetapkan latihan secara bersijil dilakukan secara berpusat supaya kenaikan gaji ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan," jelas Ahmad Zahid.

Berhubung pengawal keselamatan warga Nepal, beliau berkata mereka bukan sahaja diwajibkan menghadiri latihan pengawal keselamatan di pusat-pusat latihan terpilih di negara asal malah perlu menjalani latihan lanjutan selama empat hari setiap tahun sepanjang mereka bekerja di negara ini.

Beliau berkata bagi meningkatkan imej dan keterampilan pengawal keselamatan di negara ini, KDN akan membuat penjenamaan semula pakaian seragam pengawal keselamatan sedia ada kepada tiga kategori iaitu pengawal statik, pengawal bersenjata bagi menjaga 'cash-in-transit' dan kawalan keselamatan maritim.

"Perbincangan sedang dibuat dan akan dikoordinasikan dengan PDRM serta pihak persatuan bank di negara ini sebelum tarikh penguatkuasaan diumumkan," kata Ahmad Zahid.

Melalui program latihan CSG, kira-kira 10,000 pengawal keselamatan tempatan disasarkan dilatih sehingga akhir tahun ini dengan keutamaan bagi pengawal keselamatan sekolah.

Insiden Kepala Lembu 'Harga' Bagi Keceluparan Rayer - Zahid




Kuala Kubu Baru  - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kepala lembu yang diletakkan dihadapan rumah ADUN Seri Delima RSN Rayer merupakan padah yang diterimanya diatas keceluparan ahli DAP itu.

Menurut Zahid, Rayer seharusnya menjaga tatasusilanya sebagai ahli politik dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh membawa akibat buruk dikemudian hari.

"Sebagai ahli politik, saya simpati dengan beliau tetapi itulah harga yang perlu beliau bayar kerana mulut celupar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui pemberita pada majlis penutup pengiktirafan keselamatan di Kuala Kubu Baru.

Zahid berkata demikian bagi mengulas insiden penemuan kepala lembu awal pagi tadi di hadapn pagar kediaman Rayer.

Kepala Lembu yang masih berdarah itu ditemui isteri Rayer kira-kira jam 7 pagi yang kemudiannya memaklumkan kepada Rayer.

Rayer dalam pada itu mengulas akan membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut hari ini.

Sebelum ini, Rayer pernah mengeluarkan kenyataan 'UMNO Celaka' ketika Persidangan DUN Pulau Pinang yang menimbulkan rasa marah pelbagai pihak.

Saturday 28 June 2014

Jamuan makan bersama pemuda bagan datuk serta meraikan kedatangan bulan ramadhan










Makan bersama kawan-kawan pemuda sebagai penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam setiap program pemuda bahagian bagan datok selama 7 bulan disamping meraikan kedatangan bulan ramadhan yang turut dihadiri oleh timbalan ketua bahagian umno bagan datuk tuan khairudin,Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan yang terlibat termasuk exco,kpc dan ahli umno serta belia,semoga allah merahmati semua kawan-kawan...

Selamat Menyambut Ramadhan dari kami Pemuda Umno Bagan Datuk



Assalammualaikum 

Salam 1 Pemuada & Salam 1 Ramadhan 2014

Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Diatas Kepimpinan Sdr Dr. Nik Mohammad Azli Bin Nik Arifin - Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 2014 & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Kepada Seluruh Umat Islam Yg Mengerjakanya. 

Semoga Dengan Pengertian "RAMADHAN YANG TELAH TIBA INI " Akan Memberi Ketenangan Serta Seribu Pengertian Kepada Kita Semua.

" SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2014 & SELAMAT BERPUASA "

Salam Ramadhan Ini Ikhlas Dari Saya - Dr. Nik Mohammad Azli Bin Nik Arifin (KPB)

SERTA BARISAN SAFF KEPIMPINAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BHG.BAGAN DATOH. 2014

Friday 27 June 2014

Asrama UIAM Terbakar



PETALING JAYA  - Asrama lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Cawangan Petaling Jaya di Seksyen 16 Damansara, di sini terbakar sekitar jam 3 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.02 petang dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan Seksyen 7 tiba sembilan minit kemudian.

“ Api berjaya dipadam jam 3.46 petang dan tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.

"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, laporan awal kebakaran berlaku di ruang membasuh di tingkat satu bangunan lima tingkat apabila tilam yang berada di ruang terbabit terbakar.

Pihak bomba turut mengesahkan tiada sebarang kecederaan teruk dan kehilangan nyawa melibatkan pelajar yang menginap di asrama berkenaan.

Kecoh dalam PKR kerana Jawatan Menteri Besar




BLOG MERAH TINTA MSO - Semalam sebuah stesen tv internet datang menemubual saya, perbicaraannya berkisar soal pemilihan dalam parti PKR yang kalut dan masih belum berakhir sampai kini.tv itu mahu tahu pendapat saya kenapa sampai berlaku demikian, dan apakah kekecohan itu tidak memberi kesan kepada PKR sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada pucuk pimpinannya.

Iya, saya juga naik hairan dan muak kenapa sampai begitu lama sekali masa diambil parti berkenaan untuk menyelesaikan pemilihan kepimpinan mereka. Dan kekecohan yang berlaku menampakkan seolah-olah PKR sebuah parti yang diuruskan oleh mereka yang tidak cukup pengalaman.

Apa yang berlaku, kata saya tetap memberi kesan kepada PKR, menyebabkan orang akan mempersoalkan standard atau pun kelas parti berkenaan. Setiap apa yang berlaku orang akan mengingatkan kepada peristiwa yang sering meletus dalam mesyuarat parti MIC sebelum ini. Mesyuarat MIC tidak akan sah kalau tidak berlaku baling kerusi atau pun tumbuk meja.

Politik baru yang dilaung-laungkan nampaknya tidak menjadi dan berjaya diangkat ke atas untuk menarik minat umum terhadap parti itu. Keadilan dengan amalan demokratik berlebihan telah memakan diri parti berkenaan. Mungkin belum sampai masanya parti berkenaan memberi peluang dan keadilan seluasnya kepada ahli parti kerana sebilangan mereka tidak menghargai erti keadilan dan demokrasi itu. Ahli tidak tahu dan bijak menggunakan hak mereka satu ahli satu suara.

Makanya untuk tidak menyerlahkan kelemahan, kekecohan yang berlaku ditunding kepada pihak luar. Memang ada elemen luar untuk mengkhianati parti berkenaan. Tetapi tanpa meletakkan campur tangan luar sebagai punca besar ia tidak betul. PKR kena mengakui apa yang berlaku disebabkan kelemahan dan kepincangan dalam parti itu.  Ahli juga gagal diberikan fokus sebenar untuk apa dan kenapa proses pemilihan pemimpin dibukkan demikian luas.

Bagi saya kekecohan dalam pemilihan dalam PKR kerana ia dieksploitasi ataupun diunsuri oleh elemen lain, gila dan tamak kuasa. Proses pemilihan itu dalam erti kaya lain membawa agenda tertentu. Dalam hal ini ialah perebutan jawatan nombor dua parti itu, iaitu timbalan presiden. Jawatan timbalan presidenlah menyebabkan parti menjadi kucar kacir dan hiru pikuk, riuh randah bagaikan Cina karam perahu atau India mabuk todi, atau Melayu bergaduh laki bini di waktu Maghrib.

Dalam PKR kini sudah terbelah kepada tiga kumpulan yang dibentuk oleh tiga calon yang merebut jawatan timbalan presiden itu. Satu kumpulan timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali yang mempertahankan jawatan. Dua kumpulan lagi dari calon penentang jawatan itu, itu Abdul Khalid Ibrahim dan Saifuddin Nasution Ismail. Inilah kumpulan yang menjadikan pemilihan dalam PKR hebat dan geger gegak. Mereka bertiga perlu bertanggungjawab kalau berlaku apa-apa yang buruk kepada parti tersebut.

Seandainya parti hancur gara-gara itu, mereka perlu mengambil risiko dan jangan berhelah dengan mengatakan itulah demokrasi sebenarnya? Alasan-alasan bersifat "escape" tidak diperlukan lagi dalam realiti politik hari ini kerana sikap begitu dalah sikap pandir.

Perebutan jawatan itu menjadi ghairah kerana jawatan itu penting. Kenapa jawatan timbalan presiden penting ia cukup memberi signifiken kepada setiap calonnya. Bagi Azmin tentulah beliau hendak mengekalkan kedudukannya. Dengan kedudukan itu beliau boleh mencapai apa-apa hajat politik yang diingini. Sesuatu yang tidak dapat ditusuk selindung oleh Azmin ialah untuk menjadi MB Selangor.

Manakala begitu juga bagi Khalid. Dia memerlukan jawatan itu bagi mengekalkan kedudukannya, sebagai MB. Khalid faham bahawa kedudukannya kini terancam maka beliau memerlukan kuasa dan kedudukan untuk mengekalkannya. Pengaruh, pemujaan dan glamour jawatan MB sudah merasang nalurinya.

Khalid mungkin tidak begitu ghairah, tetapi penyokong 20 persennya menjadi benteng dan "anjing buruan" untuknya. Mereka inlah yang mengoborkan semangat Khalid dan memberi keyakinan kepada Khalid sehingga Khalid lupa siapa dirinya. Kegagatan dilupai terus apabila penyokongnya memuji suara Khalid semerdu suata P Ramlee. Mana pendokong ini pula sudah tidak tahu menilai mana yang lebih penting Khalid untuk dirinya, atau dirinya untuk parti.

Mereka ini sebenarnya hipkorit kononnya pertahankan Khalid demi rakyat dan negeri. Walhal mereka berbuat demikian demi survive mereka. Mereka tahu apa yang mereka untung dan perolehi kalau bos mereka kekal menjadi MB. Apa disebutkan Refomasi Tulen yang dijaja untuk pertahankan Khalid adalah palsu semata-mata. Mereka yang mempertahankan Khalid juga adalah mereka yang jahil dan tidak dapat membaca mesej pucuk pimpinan parti termasuk daripada Anwar Ibrahim yang tidak mahukan kepada Khalid kerana sebab-sebab yang sedia maklum.

Pengertian kenapa dibuat projek Kajang Move tidak dapat dihayati oleh ahli parti khasnya mereka yang terdodoi dengan nyayian pihak musuh yang mahu kekalkan Khalid kerana mereka tahu dengan adanya Khalid pintu rumah mudah dibuka. Setengah ahli parti juga tidak akur dengan kehendak parti dan lebih mempercayai godaan dari luar.

Manakala Saifuddin pula ada agendanya tersendiri. Kerana Saifuddin bukan Adun di Selangor, mustahil untuk beliau menjadi MB Selangor, maka beliau ada proksi untuk mengekalkan kedudukan atau melonjak dirinya ke atas. Awal-awal lagi Saifuddin sudah meletakkan dirinya di sebelah presiden, Dr Wan Azizah. Apa yang dapat dibaca di sini Saifuddin menjadikan Azizah sebagai prokasinya untuk menjadi MB. Hal ini dimanfaati sepenuhnya apabila usaha untuk menggantikan Anwar dengan Khalid terhalang, maka Azizah menjadi alternatif.

Sekiranya Azizah menjadi MB, Saifuddin akan mengutik banyak keuntungan. Dia sudah pasti akan menjadi orang penting dalam pejabat MB Selangor khasnya dalam menyusun parti dan kerajaan. Menjadi master mind dan king maker inilah yang disukai oleh Saifuddin. Untuk ini beliau sudah ada team tersendiri. Apa dinamakan gagasan anak muda adalah persediaan ke arah untuk beliau menguasai pmpimpinan dalam parti dengan menjadikan Azizah sebagai ibu politiknya.

Kesimpulannya perebutan dalam PKR disebabkan masing-masing inginkan kepada jawatan yang diindah dan dibilas di sebalik kata-kata dan komitmen atas nama mahukan perubahan, peralihan atau penyerapan idea baru demi menjana kemajuan dan pembagunan untuk rakyat. Semua itu adalah "belawak belaka". Pokok pangkalnya ialah kerana inginkan jawatan MB kerana jawatan itu cukup powerful dan berprestaj.

Perebutan jawatan dalam PKR tidak jadi sekecoh hari ini dan menjadi ikon kekalutan dalam PKR kalau aspirasi projek Kajang Move dihayati dan sudah lengsai. Malangnya projek itu gagal maka peluang masih terbuka untuk sesiapa menjadi MB Selangor. Natijahnya menyebabkan PKR menjadi kalut dan geger gegak.

Kalau boleh, bagi meredakan suasana dan membolehkan PKR kembali memantapkan diri, eloklah kalau Khalid insaf diri dengan segala macam tuntutan dan desakan yang dilakukan ke atasnya, dengan berundur secara terhormat. Khalid perlu berkorban kepada parti yang telah berkorban untuknya dengan melantik menjadi MB.

Dan tidak pula kalau Khalid berundur tempatnya diambil oleh Azmin. Sementara keadaan reda, bagilah kepada Dr Wan Azizah memimpin Selangor. Wan Azizah bukan saja boleh meredakan ledakan nafsu dalam PKR tetapi turut juga mengamankan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terutamanya Pas yang dilihat macam sering bermimpikan mahukan jawayan itu.

Sifat keibuan yang ada kepada Dr Wan Azizah mampu mengembalikan perpaduan dalam Pakatan Rakyat seterus menjadikan Selangor sebagai negeri contoh dan disegani.

Thursday 26 June 2014

Perasmian Program sukan di sekolah teluk buloh

























Hari ini KP serta barisan exco pemuda bagan datuk merasmikan Program sukan di sekolah teluk buloh sebentar tadi.Syukur sambutan dari warga setempat dan murid-murid sekolah teluk buloh berjalan dengan baik,Terima kasih kepada semua yang terlibat...

Perasmian penutupan temasya murid tahun 1 sukan di SBP integrasi sabak bernam
















Hari ini ketua pemuda serta barisan exco pemuda merasmikan majlis penutupan temasya murid tahun 1 sukan di SBP integrasi sabak bernam,Allhamdulilah dengan kerjasama pihak sekolah majlis ini berjalan dengan baik dan lancar,Terima kasih kepada mereka semua yang terlibat...

Program Tazkirah, Bacaan Yassin Dan Tahlil Sempena Menyambut Ramadhan Melibatkan 3 Sayap Bahagian Bagan Datoh..





Wednesday 25 June 2014

Pemilihan PKR terus pamer aksi ganas


h


KLANG - Pemilihan semula Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kota Raja hari ini dicemari suasana tegang serta aksi pergaduhan, seolah-olah menunjukkan parti itu dianggotai ramai gengster dan samseng.
Ketegangan bermula pada kira-kira pukul 4.15 petang apabila salah seorang pengundi dikatakan cuba mensabotaj proses pemilihan dengan merosakkan peti undi.
Tindakan lelaki itu menyebabkan suasana dalam Dewan Serbaguna Klang Jaya, Taman Desawan di sini kecoh sehingga dapat didengari para penyokong di luar dewan.
Suasana menjadi panik apabila beberapa petugas urus setia meluru keluar dewan dan mengarahkan pintu bangunan itu dan pagar ditutup.

Arahan berkenaan menyebabkan para penyokong cuba masuk tetapi dapat dihalang petugas urus setia, namun ada di antara mereka berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar.
Di luar dewan, suasana cukup tegang antara para penyokong termasuk adegan membaling kerusi.
Bagaimanapun, kecekapan anggota-anggota polis berjaya mengawal keadaan daripada menjadi lebih serius, malah tiada peti undi dilaporkan rosak.
Sebanyak dua pengundi dan penyokong cedera dengan luka pada kepala.
Berikutan kekecohan tersebut, proses pemilihan semula cabang berkenaan yang sepatutnya tamat pada pukul 5 petang diawalkan kira-kira 25 minit.

Peti-peti undi kemudian dibawa ke Ibu Pejabat PKR dengan diiringi kereta peronda polis.
Usaha media untuk mendapatkan penjelasan daripada beberapa urus setia dan pemimpin PKR yang hadir gagal kerana masing-masing enggan mengulas kejadian tersebut.
Sebelum itu, kekecohan sudah pun berlaku sejak proses pemilihan bermula, antaranya apabila beberapa pengundi yang sedang mengundi di dalam dewan diarah keluar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang juga penyandang jawatan ketua cabang Kota Raja pada kira-kira pukul 11.30 pagi.

Pengundi terbabit diminta menyemak semula nama dalam senarai berdaftar oleh Xavier yang mengesyaki mereka sebagai 'pengundi hantu'.
Dakwaan tersebut membuatkan beberapa penyokong berang dan ada yang melemparkan rasa tidak puas hati kepada Xavier.
Salah seorang penyokong, K. Krishnan, 55, memberitahu, dia mempersoalkan tindakan Xavier itu yang dilihatnya seperti menyalahgunakan kuasa wakil rakyat.
"Apa kuasa kamu memanggil mereka? Kamu hanya wakil rakyat. Apa mahu gaduh-gaduh?," soalnya kepada Xavier.
Bagaimanapun, dia berjaya ditenangkan oleh penyokong-penyokong lain.






Tuesday 24 June 2014

PAS Bantu Misi Singkir Khalid Ibrahim




BLOG BELANTAN - Cadangan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad agar kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dihapuskan semakin menyerlahkan kelemahan pentadbiran dua penggal Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Lebih mengesankan, tindakan Khalid yang mendapat sokongan tiga Ahli Parlimen Pas Selangor lain menunjukkan betapa lintang pukangnya hubungan antara pemimpin Pas dan juga antara pemimpin pakatan pembangkang di negeri itu.

Belum pun sempat cadangan itu dicerna, Pesuruhjaya Pas Selangor yang baharu, Iskandar Samad cepat-cepat memutuskan kaitan Khalid dengan Pas.

Cadangan itu dianggap pandangan peribadi Khalid, yang pada tahun lalu digugurkan daripada jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor dalam rombakan baharu kepemimpinan Pas negeri.

Tetapi bagaimanakah pula mahu menjelaskan tentang kehadiran sama Hanipa Maidin (Sepang), Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dalam sidang akhbar Khalid itu?

Dalam banyak isu, kumpulan yang selalu dilabel sebagai Awnarinas dalam Pas ini mahu menonjol tetapi selalu dilihat tidak kena pada tempatnya.

Sepatutnya isu antara MAIS dan kerajaan negeri diselesaikan secara bijaksana dalam suasana harmoni.

Negeri lain pun mengamalkan konsep pentadbiran yang hampir sama. Tidak pula kecoh. Tidak pula terlihat ada wakil rakyat sengaja memprovokasi majlis agama Islam dan kerajaan negeri. Ternampak sangat sentimen perseteruan dalam parti dibawa-bawa dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Di Selangor, hal-hal mudah menjadi rumit kerana terlalu banyak campur tangan orang politik yang mahu meraih keuntungan sendiri.

Jika diperhalusi, merekalah sebenarnya yang mempolitikkan isu agama dan hal sensitif agar kewujudan mereka dapat terus dirasai oleh rakyat.
Tidak ada kepakaran

Mereka tidak ada kepakaran lain walaupun sudah bertukar peranan selaku penyokong dan pendukung kerajaan. Hendak bercakap soal pembangunan, malu kerana tiada langsung track record yang boleh dibanggakan. Hendak membantu menyelesaikan masalah rakyat jauh sekali kerana selama ini hanya tahu menjaja air liur.

Mungkinkah cadangan Khalid ini yang dimaksudkan sebagai 'syor-syor yang tidak munasabah' dalam titah Sultan Selangor pada Khamis lalu? Dalam titahnya, baginda berpendapat isu rampasan Bible oleh JAIS tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana ahli politik sehingga boleh mengeliru dan meresahkan masyarakat.


Cadangan Khalid itu sekali gus boleh digambarkan sebagai cubaan untuk merendah-rendahkan kemampuan Exco yang menjaga potfolio agama, Sallehen Mukhyi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Selangor. Tetapi apalah peliknya. Inilah corak pentadbiran Kerajaan PKR Selangor. Bertelagah, saling menyerang dan memperlekeh sesama sendiri menjadi amalan yang selalu dipertontonkan kepada rakyat. Tidak pernah kita dengar mereka bercakap soal kualiti kerja apatah lagi untuk menambah baik apa yang ada.

Bilakah agaknya kita dapat melihat pemimpin pakatan pembangkang sepakat dan bersungguh-sungguh berpadu tenaga dan pemikiran untuk melaksanakan program rakyat? Rasanya, kali terakhir ialah semasa pelancaran manifesto pilihan raya dulu. Selepas itu, nihil. Hanya tak sudah-sudah berjanji, cakap berdegar-degar dalam ceramah dan sidang akhbar.

Sejak kebelakangan ini pula serangan ke atas pentadbiran Abdul Khalid semakin intensif. Selepas Langkah Kajang untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar gagal, Abdul Khalid terus diletakkan dalam kedudukan tidak senang duduk, dihambat dengan kritikan, kecaman dan tuduhan.

Seperti biasa mereka yang kononnya mewakili penduduk tertindas memutar belit fakta dan hujah. Mereka mendakwa sikap Abdul Khalid berbahaya kerana akan membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri. Mereka sepakat merumuskan bahawa kerajaan pakatan pembangkang bakal kehilangan undi.

Lebih daripada itu, mereka mengecam persetujuan kerajaan negeri membenarkan kutipan tol di lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) kerana bertentangan dengan manifesto pilihan raya. Pelik bukan, sedangkan wakil rakyat yang sama ini tidak pula bising dengan keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang membenarkan kutipan tol dalam projek kontroversi terowong dasar laut negeri itu.

Mungkinkah siri serangan ke atas pentadbiran Abdul Khalid ini sebagai satu tekanan berterusan supaya beliau digantikan. Selepas PKR sendiri yang beria-ia mahu menggugurkan Abdul Khalid, kini semangat itu telah merasuk pula kumpulan pemimpin Pas dan DAP. Inilah cara politik mereka. Atas kertas, tidak lama lagi Selangor bakal mendapat Menteri Besar baharu. Tetapi ini juga sangat bergantung kepada talian hayat terakhir yang ada pada Abdul Khalid.

Jika beliau dapat menambah kapasiti kuasa dengan memenangi persaingan jawatan Timbalan Presiden PKR yang sedang berlangsung sekarang, apa juga gerakan dan konspirasi menjatuhkan beliau bakal tertutup. Jika tidak, bergembiralah seteru-seteru politik dalam PKR, DAP dan Pas.

Tetapi apakah rakyat gembira dan merestui karut-marut politik yang berlegar di sekitar pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor ini? Jika benar bagai diduga Menteri Besar akan disingkirkan, jelaslah slogan kebanggaan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor’ hanya sandiwara sahaja. Bukan sekadar Abdul Khalid gagal tetapi PKR, DAP dan Pas juga gagal dalam mempertahankan sebuah kerajaan negeri yang kononnya direstui rakyat itu.

Hapuskan Bible Melayu Demi Maruah Islam



SHAH ALAM - Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) Selangor memohon ke bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar menggunakan kuasa baginda selaku Ketua Agama Negeri menitahkan agar penerbitan kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Januari lalu dilupuskan demi menjaga maruah umat Islam di negara ini.

Timbalan Setiausaha Agung PERKASA Selangor, Shamsudin Munir berkata, pihaknya turut menyatakan sokongan penuh terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang bertindak tegas mengikut Enakmen ‎Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

"Kita mohon kepada DYMM Tuanku, Sultan Selangor menggunakan kuasa sebagai Ketua Agama, kita mohon perkenan, kita persembahkan Tuanku bertitah supaya Bible yang dirampas ini dilupuskan dan dibakar bagi menjamin maruah umat Islam.

"Kalau tidak, mereka akan mudah mencetak dan edarkan kepada orang Melayu tanpa sekatan yang bermakna Islam telah dihina dan hilang daulatnya di bumi Selangor.

"Tindakan JAIS dan MAIS sebelum ini yang merampas Bible adalah merupakan satu tindakan yang menurut undang-undang, perlembagaan dan mengikut keputusan mahkamah," katanya ketika berucap di Perkarangan Istana Kayangan, di sini, hari ini.
 Beliau turut mendesak agar empat Ahli Parlimen PAS di buang negeri berikutan kenyataan mempertikaikan tindakan JAIS dan MAIS berhubung rampasan Bible.

"Ahli Parlimen Shah Alam, Sepang, Kota Raja dan Hulu Langat telah membuat kenyataan biadap dengan meminta supaya Dewan Negeri pinda perlembagaan negeri supaya kuasa MAIS dan JAIS dikurangkan.

"Ini bermakna dia desak supaya kuasa sultan dikurangkan, Sultan tidak boleh campur tangan dalam hal agama, Sultan bukan lagi Ketua Agama. Kita mohon supaya empat ahli parlimen ini di buang negeri dan keluar daripada Selangor. Mereka tidak layak duduk di bumi Selangor," katanya.

Shamsudin turut menyelar tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang tunduk kepada ‎tekanan dan tidak mempertahankan kalimah Allah.

"Kita minta Peguam Negara juga kalau sebelum ini dia menolak hujah JAIS untuk mendakwa Persatuan Bible Malaysia (PBM) kerana mencetak Bible dalam Bahasa Melayu dengan keputusan mahkamah sudah muktamad, maka persatuan itu sudah melanggar peraturan undang-undang negeri Selangor serta perlembagan persekutuan.

"Kita minta peguam negara tarik semula keputusan untuk menyerahkan Bible.

"Sepatutnya Peguam Negara sebagai seorang pemimpin orang Islam mesti mempertahankan Islam, mempertahankan kalimah Allah tetapi apabila JAIS bertindak peguam negara lepas tangan. DYMM Tuanku dimohon agar lucutkan jawatan beliau," katanya.


Hukuman Berat Boleh Dikenakan Jika Abai Anak




KUALA LUMPUR - Perbuatan mengabaikan anak sehingga boleh membawa kematian adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman berat.
    
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual/Keganasan Rumahtangga/Penderaan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Hamidah Yunus berkata ibu bapa yang mengabaikan anak mereka boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
    
"Mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, terkandung kesalahan iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau penderaan kanak-kanak.
    
"Jika telah cukup bukti hasil keterangan semua pihak bahawa wujudnya salah satu elemen itu di mahkamah, tindakan akan diambil terhadap ibu bapa terbabit," katanya kepada Bernama.
    
Beliau berkata banyak ibu bapa menganggap perbuatan mengabaikan anak-anak mereka bukan urusan orang lain sehingga boleh diperlakukan sesuka hati.
    
"Tanggapan itu ternyata meleset sama sekali...kita ada undang-undang bagi melindungi kanak-kanak, ibu bapa jangan ingat mereka terlepas," katanya.
    
Mengulas kes remaja Orang Kurang Upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai, Sabtu lepas, Hamidah berkata perbuatan ibunya telah menyebabkan penderitaan, masalah kesihatan sehingga boleh membawa kematian kepada remaja itu.
    
"Walaupun disahkan bahawa ibunya tidak mendera secara fizikal ke atas anaknya seperti memukul dan sebagainya, namun penderaan dari segi emosi telah berlaku.
    
"Ini kerana ibunya tidak menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang sempurna kepadanya sehingga membawa kepada pengabaian,"katanya.
    
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih menahan reman ibu remaja terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan siasatan menjurus kepada punca sebenar mengapa kanak-kanak itu diabaikan dan ditinggalkan seorang diri di flat berkenaan.
    
Sementara itu, Pakar Psikologi Kaunseling Fakulti Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan lebih tegas agar kes melibatkan pengabaian, penganiayaan, penderaan atau penyeksaan terhadap kanak-kanak dapat ditangani dengan lebih berkesan.
    
Katanya terdapat ibu bapa ketika ini seolah-olah tidak peka akan empat perkara asas yang seharusnya diberikan kepada anak-anak iaitu menjaga,
memelihara, melindungi dan memberi sokongan dalam proses perkembangan anak-anak mereka.
    
Beliau berkata nilai kemanusiaan semakin terhakis sehingga ada kalanya ibu bapa sanggup mengabaikan dan menyeksa anak-anak daripada memberi suasana perkembangan hidup yang positif.
    
Mengulas tentang ibu bapa yang mempunyai anak OKU, beliau berkata ibu bapa berkenaan seharusnya tidak perlu merasa takut atau bimbang kerana terdapat banyak saluran yang boleh memberikan bantuan sama ada melalui agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO).
    
"Ibu bapa harus sedar bahawa anak adalah amanah dan anugerah Tuhan. Suka atau tidak anak-anak perlu dijaga dengan baik apatah lagi jika mereka OKU...Jangan menganggap anak itu menyusahkan, sebaliknya ibu bapa mesti sanggup menjaga mereka dengan penuh kasih sayang," katanya.
    
Keluarga terdekat, jiran dan komuniti juga seharusnya bertanggungjawab dan peka dalam memastikan perkembangan kehidupan seharian kanak-kanak terjamin, kata Mohamed Fadzil.

Monday 23 June 2014

Bersama vvip dihari persandingan adindaku kk dan marina





















Bersama vvip dihari persandingan adindaku kk dan marina iaitu anakanda kepada dato sri dr zahid hamidi di hotel majestic sebentar td.Semoga adindaku kk dan marina kekal bahagia dan dirahmati allah sentiasa..Amin....

Apa ke hal ni Brader?hihihi







Apa Cerita ni yob?Kedai kena ceroboh atau tengah bersihkan kedai ni???
Tahniah Cabang PKR Kuala Langat berjaya bersidang dengan baik!
Kalau cabang sebaik ni bayangkan kalau memerintah Malaysia???
Anwar Ibrahim layakkan jadi Perdana Menteri Malaysia jika begini rupanya cabang???
selamat datang ke persidangan cabang kuala langat...memang 'hangat'.


Sunday 22 June 2014

Gotong royong bersih kawasan perkuburan di kg tanah lalang














Hari ini gerakan pemuda bagan datuk mengadakan Gotong royong bersih kawasan perkuburan di kampung tanah lalang di bagan datuk.Terima kasih kepada mereka yang terlibat menjayakan program ini,semoga kita semua di berkati oleh allah amin.

Program khatam silat serta program santai bola sepak piala dunia di rungkup



















Hari ini pemuda bagan datuk mengadakan program khatam silat serta program santai bola sepak piala dunia di rungkup.Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini...