PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday 29 June 2014

Insiden Kepala Lembu 'Harga' Bagi Keceluparan Rayer - Zahid




Kuala Kubu Baru  - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kepala lembu yang diletakkan dihadapan rumah ADUN Seri Delima RSN Rayer merupakan padah yang diterimanya diatas keceluparan ahli DAP itu.

Menurut Zahid, Rayer seharusnya menjaga tatasusilanya sebagai ahli politik dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh membawa akibat buruk dikemudian hari.

"Sebagai ahli politik, saya simpati dengan beliau tetapi itulah harga yang perlu beliau bayar kerana mulut celupar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui pemberita pada majlis penutup pengiktirafan keselamatan di Kuala Kubu Baru.

Zahid berkata demikian bagi mengulas insiden penemuan kepala lembu awal pagi tadi di hadapn pagar kediaman Rayer.

Kepala Lembu yang masih berdarah itu ditemui isteri Rayer kira-kira jam 7 pagi yang kemudiannya memaklumkan kepada Rayer.

Rayer dalam pada itu mengulas akan membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut hari ini.

Sebelum ini, Rayer pernah mengeluarkan kenyataan 'UMNO Celaka' ketika Persidangan DUN Pulau Pinang yang menimbulkan rasa marah pelbagai pihak.

No comments:

Post a Comment