PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 2 June 2014

JAIS Serbu Majlis Perkahwinan Wanita Islam di Kuil Hindu



PETALING JAYA - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu sebuah majlis perkahwinan beragama Hindu di sebuah kuil di sini ekoran menerima aduan pengantin wanita yang dipercayai beragama Islam, semalam.

Jais dalam satu kenyataan hari ini menerima aduan sejak Jumaat lalu dan mengarahkan tiga pegawai penguat kuasa menjalankan siasatan, dengan bantuan polis.

“Setiba di lokasi, apabila kita tanya penjaga kuil itu kira-kira jam 10.30 pagi, mereka memberitahu memang ada majlis perkahwinan dan kita dapat kad.

“Melalui itu kita dapati ia tertera nama pengantin perempuan menggunakan nama Islam.

“Kita lakukan serbuan dan tahan pengantin perempuan dan apabila diminta menunjukkan kad pengenalan memang Muslim dan kita minta dia hadir ke ibu pejabat Jais untuk beri keterangan," katanya.

Beliau menjelaskan, pengantin wanita berkenaan telah dibebaskan setelah diambil keterangan.

“Jais masih menjalankan siasatan kes di bawah Seksyen 10, upacara yang menyebabkan murtad,” kata

No comments:

Post a Comment