PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 2 June 2014

BN Rampas Semula Parlimen Teluk Intan



TELUK INTAN  - Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan selepas calon mereka, Datuk Mah Siew Keong diumumkan menang dengan majoriti sebanyak 238 undi.

Siew Keong, yang merupakan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) memperolehi 20,157 undi, menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang mendapat undian sebanyak 19,919.

Keputusan itu diumumkan wakil Pegawai Pilihanraya Negeri di Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, di sini kira-kira jam 9:35 malam tadi.

Keputusan ini juga merupakan satu kejayaan buat BN dalam menambah kedudukan kerusi parlimen di Dewan Rakyat dengan kedudukan 134 berbanding Pakatan Rakyat sebanyak 88 buah kerusi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, calon DAP, Mendiang Seah Leong Peng menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon Bebas, Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.


P076 : TELUK INTAN : PERAK : 60,483

1. Mah Siew Keong (BN)..................................20,157

2. Dyana Sofya Mohd Daud (DAP).................19,919

    Jumlah Pengundi........................40,236
    Peratus..........................................67.4 %
    Undi Ditolak..................................543
    Majoriti...........................................238
 
    Penyandang : SEAH LEONG PENG (DAP)
    Majoriti : 7,313

No comments:

Post a Comment