PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 30 June 2014

Penguat kuasa KDN rasuah kes mesin judi akan dibuang - Ahmad Zahid



JOHOR BAHRU 30 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk membuang kerja pegawai penguat kuasa daripada pihak berkuasa di bawah kementerian berkenaan yang didapati terlibat menerima rasuah dalam usaha membanteras kegiatan mesin judi haram di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti ada antara pihak penguat kuasa di bawah KDN yang melakukan jenayah itu supaya tampil menyalurkannya agar tindakan segera dapat diambil.

"KDN mempunyai tiga langkah ke atas mereka yang terlibat iaitu mengadakan siasatan dalaman, bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tindakan mengikut garis panduan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) sehingga ke tahap pembuangan kerja.
"Saya ingin tegaskan bahawa pihak kementerian sentiasa memantau kegiatan perjudian itu. Malah saya sendiri sudah menerima banyak maklum balas supaya aktiviti seumpama itu perlu dibanteras habis-habisan," katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Bersama Warga KDN Johor di Kompleks KDN di Setia Tropika, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment