PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 2 June 2014

Semangat Perpaduan Kunci Kejayaan BN



TELUK INTAN 1 Jun - Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kesukaran sebelum mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ianya memerlukan semangat perpaduan dan kerjasama padu dari kesemua parti komponen yang terdiri dari bangsa berbilang kaum.

"Kita telah kalah lebih 7,000 undi pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dan dengan kemenangan kita capai ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pengundi Teluk Intan.

"Ini merupakan hasil kerjasama mantap atas semangat BN yang merupakan sebuah parti yang berbilang kaum, bangsa dan agama," katanya kepada pihak media selepas pengumuman kemenangan BN di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di sini malam tadi.

Beliau menjelaskan, BN mengamalkan amalam berkempen berhemah di samping menolak fahaman rasis atas semangat perpaduan di bawah payung BN.
alt

"Apabila kita lihat demografinya, ia melambangkan Melayu, Cina dan India.

"Inilah 1Malaysia dan disanjung serta diterima baik masyarakat di sini," katanya.

Ahmad Maslan turut yakin Ahli Parlimen baharu, Datuk Mah Siew Keong akan menepati kesemua janji manifesto demi memastikan rakyat Teluk Intan menikmati pembangunan.

"Kita akan pastikan wakil rakyat Datuk Mah akan melaksanakan amanah yang diberikan dan menjalankan tugasnya dengan penuh amanah." ujarnya.

Siew Keong, yang merupakan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) memperolehi 20,157 undi, menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang mendapat undian sebanyak 19,919.

No comments:

Post a Comment