PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 9 June 2014

Pemuda UMNO Bagan Datoh Aktif Laksana Program Untuk Belia:- Dr Nik Mohammad Azli Nik Ariffin

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh bergerak aktif dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan yang melibatkan golongan belia.

Menurut Ketuanya, Nik Mohammad Azli Nik Ariffin pelbagai usaha telah dilakukan terutama dalam bidang pertanian dan ternakan.



Katanya, tumpuan akan diberikan kepada pembangunan golongan nelayan, petani serta peniaga kecil.

"Untuk pembangunan di Bagan Datoh setakat ini kita dalam sebulan yang lepas kami telah berjumpa dengan Datuk Seri Ismail Sabri di pejabat beliau untuk membuat permohonan lesen.

"Lebih kurang dalam 71 orang terlibat untuk ternakan ayam dan daging dimana yang telah diproses.

"Setakat ini, kita telah berbincang dengan Pengerusi Biro Keusahawanan dan ada feedback yang baik.

"Malah, dalam masa terdekat wakil daripada akan mengadakan lawatan ke tapak untuk proses seterusnya.

Selain juga jelas beliau, Pemuda kawaaan itu turut memberi tumpuan lebih kepada pembangunan ekonomi nelayan.

Katanya, disebabkan di kawasan Bagan Datoh golongan nelayan, penternak, petani serta peniagaan kecil terdiri dikalangan belia maka pelbagai usaha bagi membangunkan ekonomi golongan itu dilakukan.

Dalam pada itu katanya, usaha untuk penyelenggaraan tapak-tapak permainan juga merupakan antara agenda Pemuda Bagan Datoh.

"Baru-baru ni juga Datuk Seri Dr Zahid Hamidi telah meluluskan untuk baik pulih dan naik taraf tapak-tapak permainan di setiap cawangan dimana kita akan teruskan dalam 38 cawangan.

"Ia sedang dalam proses untuk kerja-kerja penyelenggaraan," katanya.

Selain itu jelas beliau, Pemuda bahagian berkenaan juga telah merancang pelbagai program berbentuk keagamaan sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba.

"Untuk program pemuda, setakat ini kami sedang merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa di masjid di Hutan Melintang dan Rungkup.

"Selain itu kami juga akan mengadakan program iaitu Jom Sahur dimana kami akan memilih dua rumah di Rungkup dan Hutan Melintang untuk bersahur bersama.

"Mungkin kami akan mengambil OKU, golongam asnaf atau uzur," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment