PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 10 December 2014

Kit Siang Tidak Pasti Hala Tuju PR Menjelang PRU14



Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak pasti sama ada tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan terus bersama dan bertahan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) memandangkan masalah dalaman antara gabungan itu terus diperkatakan.

Kit Siang berkata, terdapat sesuatu yang tidak kena apabila pemimpin tertinggi PR tidak bermesyuarat selama enam bulan.

"Jika anda bertanya kepada saya, sama ada saya boleh mengatakan dengan tegas bahawa PR akan berjuang bersama-sama dalam PRU14, saya tidak boleh menjawab kerana saya sendiri tidak tahu.

"Ia tidak lagi menjadi rahsia bahawa ada perkara-perkara tidak berjalan dengan baik dalam PR.

"Inilah juga sebabnya mengapa Majlis Presiden PR tidak dapat bermesyuarat lebih enam bulan bagi mengesahkan dasar bersama PR dan prinsip konsensus yang merupakan dua prasyarat utama untuk menyelamatkan PR dan memulihkan keyakinan orang ramai," katanya yang dipetik daripada laman blognya, semalam.

Katanya, jika kerangka bersama PR dan konsensus ini dilanggar, contohnya seperti isu hudud, PR akan membayarnya dengan harga yang besar dalam konteks hilang undi popular, kerusi parlimen dan Dun dan yang paling penting kehilangan keyakinan rakyat.

No comments:

Post a Comment