PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday 25 January 2014

Dua Pelajar Dihukum Seperti Lembu, Fobia Dan Takut

Dua pelajar Tahun 4, SJK (C) Khai Meng yang dihukum memakai loceng dan makan rumput seperti lembu takut dan fobia hendak ke sekolah selepas kejadian itu.

mangsa guru1Kedua-dua keluarga mereka juga marah dan kecewa dengan tindakan guru Bahasa Inggeris yang melaksanakan hukuman yang disifatkan keterlaluan dan tidak beretika.

Siti Aisyah Hashim, ibu kepada Mohd Nasvinder Mohd Amit dan Yarnis Zainal Ariffin, ibu kepada Mohd Izat Iqbal Mohd Harith kecewa kerana tidak menyangka guru yang diharapkan mendidik anak-anak mereka sanggup melakukan perbuatan itu.

"Saya sedih, kecewa dan sakit hati kerana tidak menyangka perkara seperti ini berlaku dan saya hanya mengetahui perkara ni daripada kawan-kawan anak," kata Yarnis yang menghantar anaknya ke sekolah itu untuk turut menguasai bahasa Mandarin.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Balai Islam Taman Permai Sungkai hari ini.

Beliau menceritakan, walaupun kelas tamat jam 1.30 petang, anaknya hanya dibenarkan balik jam 4 petang.

"Oleh sebab dia tidak makan sejak pagi, saya beri dia makan dan tidur. Saya terkejut kerana perkara sebegini tidak pernah berlaku," ujarnya.

Perasaannya turut dikongsi oleh Siti Aisyah yang memberitahu anaknya juga takut untuk ke sekolah.

"Saya sedih terhadap apa yang berlaku dan mahu tindakan tegas diambil," katanya.

Kedua-dua ibu pelajar ini tekad tidak akan memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain kerana mereka telah mengikuti pelajaran aliran Cina sejak daripada Tadika lagi.

Sebaliknya mereka mahu guru yang berkenaan dipindahkan ke sekolah lain.

Sementara itu, Mohd Nasvinder yang turut hadir pada sidang media berkata, dia malu kerana diejek 'lembu' oleh kawan-kawan yang lain.

Dia yang kelihatan yakin dan berani menceritakan bahawa dia enggan makan rumput yang diberikan oleh guru berkenaan.

No comments:

Post a Comment