PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 20 January 2014

KJ kongsi rahsia tarik pengundi


REMBAU – Sentiasa bergerak mendekati masyarakat dan cepat menyelesaikan masalah dihadapi merupakan cara dilakukan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam menambat hati pengundi, termasuk bukan Melayu pada PRU13 lalu.

Menurut Khairy, tidak ada masalah untuk BN menang di kawasan majoriti Cina sekiranya pemimpin konsisten bersama masyarakat serta selesaikan masalah mereka dengan cepat dan berkesan.

“Kita bukan mahu cakap kita yang terbaik tetapi kita ingin kongsi pengalaman kita sendiri di mana apa yang kita buat di Parlimen Rembau sejak PRU12 lalu, kita sudah bergerak bersama pemimpin masyarakat, parti komponen dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam mendekati masyarakat.

“Malah, kejayaan kita di Dun Chembong iaitu melalui dua peti undi di Ulu Pedas dan Pekan Pedas merupakan satu terjemahan daripada perasaan puas hati rakyat dan pengundi di sini atas cara kita (BN) bersama mereka,” katanya pada Majlis Menyalakan Lampu Tanglung Sempena Menyambut Tahun Baharu Cina di Gelanggang Bola Keranjang Pekan Pedas, dekat sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr Awaludin Said.

Menurut Menteri Belia dan Sukan itu, sejak Parlimen Rembau menang dengan majoriti selesa dalam PRU13 lalu, beliau sering diminta untuk berkongsi rahsia serta pengalaman dalam menarik undi daripada pengundi bukan Melayu.

Sementara itu, Mohamad yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan berkata, pada PRU13 lalu, majoriti Cina yang menyokong BN melebihi 40 peratus di Pekan Pedas, sekali gus merupakan peratusan tertinggi undian orang Cina kepada BN di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment