PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 3 April 2014

Status CEC DAP : Karpal Singh Serah Surat Letak Jawatan Kepada 'Mummy Foo'?


KAJANG 3 April - Pengerusi DAP, Karpal Singh dikatakan akan menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada dua individu bernama 'Mummy Foo' atau Ng Paik Keng.

Menurut bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek Tan Tuan Tat, ianya berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum mengiktiraf pemilihan (CEC) sekaligus tiada yang berkuasa secara rasmi di dalam parti itu.

"Karpal Singh sudah nyanyuk. Sebagai Pengerusi dan peguam, beliau seharusnya faham dan menghormati undang-undang. Beliau telah membuat 'public mockery' (penghinaan awam) apabila mengumumkan untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP. Beliau terlupa bahawa ROS masih tidak memperakui dan mengesahkan pemilihan CEC bahkan posisi beliau sebagai Pengerusi dan Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung parti itu juga tidak sah.

"Persoalannya Karpal Singh mahu menyerahkan surat perletakan jawatan itu kepada siapa? Adakah 'Mummy Foo' atau Ng Paik Keng kerana sebagaimana kita maklum tiada sesiapa yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung parti selepas pemilihan CEC pada 15 Disember 2012," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Namun yang demikian ketika ditanya siapa individu 'Mummy Foo' ini, Tuan Tat berkata Penasihat DAP Lim Kit Siang lebih mengetahuinya.

Sebelum ini, beberapa buah blog politik pernah menyebarkan khabar angin dengan mendakwa 'Mummy Foo' atau nama sebenar Foo Yueh Chuan merupakan seorang wanita simpanan kepada Kit Siang.

'Mummy Foo' turut dikatakan merupakan salah seorang pekerja di ibu pejabat DAP dan pernah memegang jawatan Setiausaha kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.

Blog-blog politik itu turut mengaitkan nama Ng Paik Keng sebagai individu yang mempunyai hubungan skandal bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin tertinggi DAP ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke turut diminta untuk mengemukakan janji beliau berhubung 500 surat yang ditandatangani oleh perwakilan pada pemilihan semula CEC 29 September 2013.

"Buktikan ia (surat) bukan palsu. Saya cabar jabatan forensik supaya memastikan keaslian surat itu. Kami berpendapat surat berkenaan berada dalam keraguan. Selain itu kami juga mencabar Anthony Loke supaya meletakkan jawatan sekiranya masih gagal menghantar surat tersebut yang lengkap kepada ROS," tegas beliau.

Proses pemilihan semula CEC pada 29 September lepas terus dipersoalkan ahli parti mengenai ketelusannya, sama sebagaimana pemilihan pada 15 Disember 2012 yang didakwa mereka sebagai tidak dijalankan secara telus dan adil.

No comments:

Post a Comment