PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday 1 April 2014

PAFA Tekan Butang Panik, Ambil Langkah Drastik

Ekoran prestasi yang merudum sehingga menghuni tangga tercorot Liga Super, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan melakukan tindakan drastik terhadap skuad The Bos Gaurus.
pafa panikSetiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, antara tindakan yang diambil ialah menamatkan serta merta kontrak dua lagi pemain import dan dua pemain tempatan di samping memotong gaji beberapa pemain.
Menurut beliau, dua pemain import itu ialah Martin Kafando dan Eiel DCruz Guardiano manakala dua pemain tempatan ialah Khairi Kiman dan Mohd Haizal Faquan Sadarudin.
Beliau menjelaskan hanya Guardiano sahaja yang ditamatkan kerana prestasi hambar manakala tiga lagi mengalami kecederaan yang dijangka mengambil masa panjang untuk pulih.
"Kita tiada pilihan selain menamatkan kontrak mereka dengan persetujuan kedua-dua belah pihak," katanya padasidang media di pejabat PAFA pada Isnin.
Sebelum ini, PAFA turut menamatkan kontrak seorang lagi pemain import, Zelimer Terkes.
Aziz memberitahu, PAFA telah mengenalpasti beberapa pemain untuk menggantikan tiga pemain import The Bos Gaurus.
Katanya, dua pemain penyerang yang dikenalpasti ialah pemain kebangsaan Lubnan, Imad Ghaddar, 23 dan pemain berasal daripada Brazil, Diego Santos, 26, kedua-duanya bermain untuk kelab Al-Akha Ahly di Lubnan.
Beliau menambah, bagi mengisi tempat yang ditinggalkan Kafando, PAFA telah memilih Marin Con, 26 pemain berasal daripadaCroatia manakala Famirul Asyraf Sayuti dari pasukan Kelantan pula dijangka akan mengisi tempat ditinggalkan pemain tempatan.
Aziz memberitahu, pemotongan gaji akan dibuat ke atas beberapa pemain yang dilihat tidak menyerlah dan tidak berdisiplin.
"Kita juga akan menaikkan gaji tiga pemain yang dilihat telah menunjukkan peningkatan dan komitmen yang tinggi kerana kita mahu mereka bersaing dan menunjukan komitmen yang tinggi," katanya.
Dalam pada itu, kata beliau, bagi mengembalikan semangat dan fokus pemain, satu sesi motivasi akan diadakan yang dikendalikan pakar motivasi Malaysia, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

No comments:

Post a Comment