PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 22 August 2014

Perak Lakukan Persiapan Sambut Jenazah Mangsa MH17:- DSD Dr Zambry Abd Kadir



Kerajaan Perak sedang membuat persiapan bagi menyambut kepulangan jenazah mangsa pesawat MH17 menjelang tengah hari esok.
Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata upacara sambutan kesemua jenazah ke negeri itu akan turut dihadiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
“Kita telahpun mendapat maklumat terkini daripada pihak kerajaan berkaitan persiapan terakhir untuk membawa pulang mangsa-mangsa pesawat MH17.
“Dan kita sedang membuat persiapan bagi menyambut jenazah dimana Sultan Perak juga dijangka akan hadir ke lapangan terbang.
“Kita menjangkakan ketibaan mereka pada tengah hari tapi ia belum dipastikan lagi,” katanya pada sidang media di Ipoh.
Menurut Zambry, sebelum ini kerajaan Perak dimaklumkan seramai 4 jenazah akan dibawa pulang ke negeri itu.
Bagaimanapun jelas beliau, maklumat terkini menyatakan seramai 7 jenazah akan dijangka tiba ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.
“Setakat ini yang kita dimaklumkan oleh pihak kerajaan pusat ialah seramai 7 orang setakat ini.
“Kita di peringkat negeri perak telah diumumkan oleh kerajaan pusat untuk bertafakur di seluruh negeri dan bagi acara sambutan,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment