PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 14 August 2014

Pemuda PAS : Siasat Segera Saari, Hasnul



KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS hari ini mendesak Setiausaha Agung parti memanggil segera kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor daripada parti itu yang menyokong Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar.

Ketuanya, Suhaizan Kayat,berkata, ianya penting bagi mendapatkan penjelasan sebenar tindakan yang diambil dua ADUN PAS terbabit.

Awal hari ini, dua ADUN PAS Selangor, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyatakan sokongan mereka kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menduduki jawatan Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saari dan Hasnul berkata tindakan mereka berasas kepada pembentukan Pakatan Rakyat serta bagi menamatkan kemelut politik di Selangor.andes Nafi Beli Malaysia Airlines

Sementara itu, Pemuda PAS Johor turut mendesak PAS Pusat menyiasat segera tindakan tidak bertanggungjawab kedua-dua ADUN tersebut.

Katanya, tindakan dua pemimpin PAS Selangor itu telah membelakangi pendirian pucuk pimpinan tertinggi parti.

Jawatankuasa PAS Pusat dilaporkan bakal mengadakan mesyuarat pada 17 Ogos ini bagi membincangkan isu perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.


No comments:

Post a Comment