PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 6 August 2014

Pasukan Khas Siasatan MH17 Selamat Masuk Kawasan Nahas



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Pasukan Khas Siasatan MH17 telah selamat memasuki kawasan nahas di Donestik, Ukraine.

Menurut beliau, pasukan seramai 21 anggota PDRM itu diketuai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Di sepanjang perjalanan ke lokasi nahas, mereka telah dikawal rapi oleh pihak berkuasa.

"Mereka juga mendapati terdapat banyak kemusnahan perang di sekeliling kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

Beliau menambah, walaupun pasukan PDRM telah berjaya tiba di kawasan nahas namun kerja-kerja penggeledahan dan mencari bukti kes masih belum dimulakan.

"Kejadian tembak-menembak sedang meriam sedang berlaku antara Ukraine dan Puak Pemisah.

"Sebab itu kita tidak dapat memulakan kerja-kerja penyelenggaraan.

Ahmad Zahid menambah, bagi tujuan keselamatan anggota Pasukan Khas, pihak Puak Pemisah tidak membenarkan kerja-kerja penggeledahan dilakukan buat masa ini.

Katanya lagi, setakat ini pasukan Malaysia hanya dapat berlindung di kawasan berhampiran lokasi nahas di sekitar tepi jalan.

"Kita menunggu sehingga keadaan lebih stabil dan selamat," katanya lagi.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Ahmad Zahid menyatakan bahawa anggota Pasukan Khas ini telah berjaya memasuki kawasan nahas pesawat.

Katanya, kerja-kerja penggeledahan dilakukan di kawasan Torrea sekitar 6 km persegi.

Bagaimanapun katanya, pencarian ditangguhkan berikutan kejadian tembak-menembak berlaku dan akan diteruskan selepas keadaan reda.

"Anggota pasukan baru sahaja keluar dari kawasan Separatist bagaimanapun tiada anggota mayat yang ditemui hari ini.

"Selain itu ada juga beberapa barangan peribadi dan bahagian pesawat yang di jumpai.

"Pencarian di kawasan ini belum selesai dan akan di sambung esok," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment