PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 21 August 2014

Khalid Samad : 'Sultan Tidak Patut Diberi Hak Mutlak Lantik MB'



KUALA LUMPUR  - Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sekali lagi mengkritik peranan Institusi Raja apabila mendakwa Sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan.

Beliau berkata, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Kita tidak sepatutnya memberikan kuasa mutlak kepada Sultan untuk menentukan menteri besar, kerana ini sistem raja berperlembagaan," katanya ketika ditanya mengapa PR tidak menyerahkan dua nama calon menteri besar kepada sultan.

"Pengguna Internet, ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kata seperti ini," dakwanya memetik laporan The Malaysian Insider hari ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menjelaskan, meskipun mereka menghantar lebih daripada satu nama kepada sultan, pemerintah itu tetap hanya akan memilih satu nama.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) memutuskan menghantar nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sedangkan sebelum itu PAS mencalonkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Parti gabungan DAP, PKR dan PAS itu kemudiannya sepakat mencalonkan Dr Wan Azizah selepas Azmin memutuskan menarik diri demi memberi keutamaan kepada keputusan parti.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa Sultan Selangor masih memperkenan beliau memegang jawatan yang disandang beliau selama dua penggal itu.

No comments:

Post a Comment