PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday 8 July 2014

P Ramasamy Tidak Takut 13 Mei Berulang



KUALA LUMPUR  - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P Ramasamy menjelaskan beliau tidak akan gentar sekiranya peristiwa 13 Mei berulang semula.

Beliau berkata demikian selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa insiden 13 Mei mungkin berulang sekiranya perpaduan antara kaum tidak dijaga.

"MIC mungkin takut, Gerakan mungkin takut, MCA mungkin takut. Tapi biar saya katakan sekiranya kamu (Muhyiddin) mahu kembalikan insiden 13 mei, bawalah.

"Jangan cakap sahaja. Setiap masa cakap pasal 13 Mei.. 13 Mei. Cetuskanlah 13 Mei. Kamu mulakan 13 Mei maka ini merupakan kali pertama kerajaan memulakan 13 Mei," katanya kepada pemeberita, semalam.

Andaian insiden kejadian 13 Mei dikeluarkan oleh Muhyiddin sekiranya etnik agama di Malaysia sering merngkritik antara satu sama lain.

Beliau walaubagaimanapun tidak menyebut secara spesifik tarikh 13 Mei ketika mengeluarkan kenyataan tersebut namun perumpamaan yang dikeluarkan beliau merujuk kepada insiden berdarah tersebut.

No comments:

Post a Comment