PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 24 July 2014

MH17 : Ahli Parlimen Bertikam Lidah Gara-Gara Tuduhan 'Malaysia Menggerunkan'



KUALA LUMPUR- Sidang Khas Dewan Rakyat sebentar tadi gamat seketika apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong membidas segelintir Ahli Parlimen yang memburukkan negara secara terbuka menggelar Malaysia sebagai 'menggerunkan dan teruk' berikutan insiden MH17.

Beliau yang tidak merujuk kepada mana-mana Ahli Parlimen berkata, para pemimpin sewajarnya bersatu dalam mengutuk serangan tersebut dan tidak menyalahgunakannya demi kepentingan politik peribadi.

"Perkara itu tidak sepatutnya dikeluarkan," katanya.

Beliau turut mengutuk tindakan Datuk Mahfuz (PAS-Pokok Sena) yang menyoal isu berkaitan laluan pesawat yang digunakan oleh MH17.

Katanya, laluan yang dilalui oleh pesawat itu diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) - badan yang menentukan dan meluluskan setiap laluan sesuatu pesawat.

"Jadi (pesawat MH17) mesti melalui (sesuatu negara berdasarkan) pengesahan (laluan terlebih dahulu) dan bukan kita buat sewenang-wenangnya," katanya.

Ka Siong turut membidas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli merujuk satu tweet yang didakwa menggesa kerajaan tidak menggunakan wang rakyat untuk memberi rasuah kepada pemisah bagi mendapatkan kotak hitam.

Rafizi yang tidak berpuas hati mencelah dan menyangkal tuduhan tersebut lantas mendesak Ka Siong menarik semula kenyataan itu yang dianggap beliau 'menghina dewan dan menggunakannya untuk tujuan politik'.

"Penjelasan mengenai perkara itu telah diberikan. Ia palsu. Tetapi Ayer Hitam masih menggunakannya. Minta tarik balik," katanya sambil mengancam untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan itu.

Keadaan semakin gamat setelah beberapa Ahli Parlimen Pembangkang termasuk Khalid Samad dan Hanipa Maidin yang bangun Timbalan Speaker Ronald Kiandee membuat keputusan berhubung tindakan Ka Siong.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ronald Kiandee lantas merujuk peraturan mesyuarat 36.12 bagi meminta Ka Siong menghentikan isu yang dibangkitkan.

No comments:

Post a Comment