PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 18 July 2014

Pemuda Umno, NGO Di Perak Bantu Gelandangan



IPOH- Pemuda Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan (NGO) di Perak  turun padang untuk mendekatkan diri dan menghulurkan bantuan kepada golongan gelandangan.
Dalam program "Sahur Bersama Gelandangan" yang diadakan awal pagi Khamis, seramai 30 sukarelawan daripada BN, Yayasan Bina Upaya dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan di beberapa kawasan sekitar Ipoh.
Ketua Pemuda Umno Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor berkata, golongan gelandangan itu kebanyakkannya terdiri daripada orang bujang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
"Pihak kami akan membuat kertas kerja untuk dihantar kepada kerajaan negeri dan mencadangkan satu kawasan bagi mengumpulkan semua gelandangan supaya urusan pembahagian makanan akan menjadi lebih mudah," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan makanan kepada golongan berkenaan.

No comments:

Post a Comment