PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 10 July 2014

Argentina Tempah Tiket Final Piala Dunia



SAO PAOLO - Argentina akhirnya mengesahkan tiket perlawanan akhir Piala Dunia 2014 untuk beradu tenaga dengan German bagi merebut gelaran juara agi edisi kali ini.

Skuad bimbingan Alejandro Sabella itu melepasi halangan terakhir untuk kembali beraksi di dengan membenam Belanda 4-2 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga akhir masa tambahan.

Perlawanan selama 120 minit agak hambar dengan kedua-dua pasukan menunjukkan corak perlawanan kurang menarik serta strategi membenam gol tidak tercapai apabila aksi lebih tertumpu di tengah-tengah padang.

Sepakan percuma yang diberikan kepada Argentina seawal minit ke-13 juga tidak digunakan ekoran gerakan tonggak utama pasukan Lionel Messi mudah dibaca penjaga gol Belanda Jasper Cillessen.

Argentina sekali lagi memperoleh peluang di minit terakhir, namun hantaran Ezequiel Lavezzi gagal sampai ke kaki Messi untuk kedua-dua pasukan turut ke bilik persalinan tanpa sebarang gol.

Argentina akan bertemu German di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Ahad ini.

No comments:

Post a Comment