PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 3 July 2014

Berjudi di bulan Ramadan, lima ditahan di Tawau




TAWAU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) hari ini menahan lima individu termasuk tiga wanita dalam satu operasi bersepadu Ramadan di sekitar bandar ini.
Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Tawau, Abdul Imam Basirun berkata, mereka yang berumur di antara 20 dan 30 tahun itu ditahan dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 10 pagi di sebuah pusat perjudian.
"Mereka diitahan ketika sedang leka berjudi tanpa menyedari kehadiran penguatkuasa JHEAINS yang sedang menjalankan operasi bersepadu sempena bulan Ramadan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 90 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah yang boleh membawa denda sebanyak RM3,000 dan penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Abdul Imam berkata, dalam operasi tersebut pihaknya juga telah memeriksa beberapa buah premis makanan dan mengedarkan risalah yang berkaitan dengan kesalahan menjual makanan dan tidak berpuasa di bulan Ramadan. 

No comments:

Post a Comment