PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday 8 July 2014

Hina Nabi : David Orok Biadap



KOTA KINABALU,  - Persatuan Belia Pantai Barat Selatan (PBPBS) mendesak individu yang mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W. serta agama Islam memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam atas kenyataan sensitifnya di laman sosial baru-baru ini.

Pengerusinya, Mohd Salim Japaran berkata anggota Parti Reformasi Negeri (Star) David Orok perlu berbuat demikian supaya tidak mengulangi kenyataan seumpama itu.

"Pentafsiran mengenai agama Islam yang David kemukakan itu cukup biadap dan boleh menyebabkan ketegangan kaum dan agama," kata Mohd Salim ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis, Kota Kinabalu di sini, semalam.
alt

Salim berkata pihaknya juga menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuat siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut.

Beberapa badan bukan kerajaan termasuk Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Islam Sabah (Concerns) membuat laporan polis terhadap David berhubung isu itu, sejak Sabtu lepas

No comments:

Post a Comment