PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday 5 July 2015

Tun M Sabotaj Ekonomi Negara - Tengku Aziz



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melakukan tindakan yang telah memburukkan imej negara sekaligus dilihat mensabotag ekonomi negara ekoran telah menghebahkan isu-isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke peringkat antarabangsa.

Presiden Pengasas Transparency International Malaysia, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata wartawan Wall Street Journal, Ken Brown telah menerima maklumat palsu mengenai salah laku  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Dr. Mahathir.

"Dr. Mahathir juga pernah bercakap, beliau mempunyai beberapa lagi dokumen yang akan didedahkan dan apabila laporan Wall Street Journal itu diterbitkan, ianya cuma memetik kenyataan daripada sumber yang enggan dinamakan yang mana sumber berkenaan katanya terlibat dalam penyiasatan.

"Saya tidak mempunyai bukti fizikal (untuk menyokong dakwaan-dakwaan terhadap Dr. Mahathir) tetapi saya sangat percaya bahawa Dr. Mahathir memang telah memberi maklumat kepada wartawan Wall Street Journal berdasarkan beberapa tindakan beliau sebelum ini antaranya pernah dilihat bersama Claire Brown di London malah beberapa orang yang mempunyai hubungan dengannya telah dilihat bersama beliau.

"Jadi, petunjuk-petunjuk tersebut tidak jauh dengan sangkaan saya sekarang yang beliau adalah suspek yang bertanggung jawab mendedahkan maklumat tersebut," katanya kepada pemberita ketika mengadakan sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, tindakan Dr. Mahathir itu merupakan tindakan bagi mengalihkan perhatian umum terhadap Claire Brown dari Sarawak Report yang didakwa berurusan dengan dokumen yang telah dicuri dan dipalsukan oleh Xavier Andre Justo.

Tambah Tunku Aziz, firma guaman 1MDB sepatutnya perlu menyelesaikan isu yang membelenggu firma itu secara domestik mengikut kepakaran tempatan.

"Pelabur-pelabur asing tidak suka kepada ketidakstabilan. Lihat apa yang terjadi kepada pasaran saham dan matawang ringgit? Memang faktor luaran turut mempengaruhi pasaran saham dan kewangan Malaysia tetapi tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Dr. Mahathir telah menyebabkan kelemahan dan persepsi buruk terhadap Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, Tunku Aziz turut berkata beberapa permintaan peribadi Dr. Mahathir yang ditolak oleh Najib tidak dipenuhi oleh perdana menteri adalah menyebabkan Dr. Mahathir berkerjasama bersama pihak asing.

Katanya, mewujudkan proksi dalam pentadbiran negara selain meminta pakej penyelamatan kepada pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. bernilai RM1.2 bilion yang mana Dr. Mahathir adalah pengerusinya

No comments:

Post a Comment