PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 1 May 2014

Anwar Tidak Takut Dipenjara Lebih 10 Tahun



KUALA LUMPUR  1 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tidak takut walaupun akan dipenjarakan sehingga 10 tahun.
 
Menurut Anwar, cubaan beberapa menteri yang ingin memenjarakannya tidak berjaya kerana dia percaya dengan doa kepada Allah SWT dan kebangkitan rakyat.
 
"Kepada menteri-menteri yang berusaha untuk memenjarakan saya, ingat saya takut?
 
"Saya ada dua kekuatan iaitu doa kepada Allah SWT dan kebangkitan daripada rakyat," katanya.
 
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 20 ribu peserta Perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka hari ini.
 
Tambahnya, beliau tetap dengan pendirian untuk pulang ke Malaysia walaupun membayangkan akan dipenjarakan sehingga 10 tahun.
 
"Ramai (pemimpin Islam di London) yang pujuk saya untuk kekal di London, dia tahu kalau saya balik Malaysia saya akan masuk penjara.
 
"Oleh itu mereka meminta supaya saya berjuang dari London, tetapi  saya kata terima kasih, saya balik untuk berjuang dari Malaysia.
 
"Walaupun saya tahu, mungkin selepas ini hukuman terhadap saya mungkin lebih 10 tahun, tetapi saya tidak peduli mengenai hal itu," katanya.

No comments:

Post a Comment