PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday 24 May 2014

Tindakan Rayer Memalukan - Muhyiddin



TELUK INTAN  - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Delima, RSN Rayer seorang yang tidak mempunyai budaya berhubung kenyataan beliau ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Muhyiddin Yassin berkata, tindakan yang dilakukan oleh RSN Rayer hanya memalukan parti yang diwakili oleh beliau.
"Saya sangat berduka cita dengan sikap seorang pemimpin rakyat yang tidak ada nilai kesopanan. Walaupun kita boleh berkata apa sahaja tetapi perlu ingat yang kita mempunyai adat, tatatertib dan disiplin yang perlu diikuti.
"Tidakan yang beliau lakukan hanya memalukan parti yang diwakili. Beliau tidak sewajarnya mengukapkan perkataan berikut berkali-kali. Sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan UMNO mereka perlu mengikut adap dan cara sopan santun tapi malangnya ia telah menggambarkan parti yang tidak bersopan santun,"katanya kepada pemberi pada majlis Ramah Mesra di Dewan Orang Asli Erong, hari ini.
Tambah beliau, sikap Pemuda UMNO yang membuat bantahan di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur adalah satu sifat semula jadi di mana mereka mahu mempertahankan maruah parti.
"Saya berfikir itu adalah cara yang sangat semula jadi jikalau partinya dicabar dan mereka tidak akan mendiamkan diri. Kita juga mengetahui bahawa sikap pemuda sentiasa bersemangat untuk mempertahankan maruah parti daripada tercemar yang dilakukan oleh mana-mana pihak.
"Mereka tidak akan berdiam diri. Saya faham perlu mengikut peraturan yang sedia ada dan tidak boleh melanggar undang-undang kerana kita sebuah parti yang menyokong perlembangaan negara,"katanya lagi.
Baru-baru ini RSN Rayer telah menggelarkan UMNO sebagai celaka ketika persidangan DUN Pulau Pinang lantas dengan itu Pemuda UMNO dengan beberapa pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah membuat bantahan bertujuan menuntut ADUN tersebut memohon maaf berikutan kenyataan tesebut.

No comments:

Post a Comment