PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday 21 September 2014

Muktamar PAS: Bukan Selamanya Kerusi MB Selangor Milik PKR



BATU PAHAT  - PAS menghormati keputusan Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) bahawa kerusi Menteri Besar Selangor milik PKR namun ianya tidak bermakna ianya kekal milik parti

Berucap ketika Perbahasan Ucapan Dasar Presiden, Mohd Sani Hamzan menjelaskan kerusi Menteri Besar Selangor boleh menjadi milik PAS jika parti itu menguasai kerusi Sewan Undangan Negeri (DUN) negeri.

"Kalau kita (PAS) nak ambil kerusi menteri besar tunggu Pilihan Raya Umum yang ke-14.

"Kalau kita menang, kita sapu 20 kerusi (DUN), masa itu kita boleh menjadi kerajaan negeri Selangor," katanya di Muktamar Tahunan PAS kali ke-60, di sini, hari ini.

Beliau sementara itu turut memberi amaran kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang membelakangi PAS dalam beberapa isu termasuk pengumuman Langkah Kajang.

Katanya, sebagai rakan komponen PR, PAS perlu dilayan samarata demi muafakat antara parti.

"Kepada saudara Anwar Ibrahim, kepada Lim Kit Siang, nak apa-apa keputusan jangan buat keputusan sendiri. Bincang baik-baik dengan parti ini (PAS).

"Sebab yang kita nak lawan ialah UMNO dan Barisan Nasional (BN)," tegasnya lagi.

No comments:

Post a Comment