PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 11 September 2014

PM Harap Mat Razi Dapat Pertahan Pengkalan Kubor



KUALA LUMPUR  - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap calon BN Mat Razi Mat Ail dapat mempertahankan kerusi Dun Pengkalan Kubor untuk BN dalam PRK kawasan itu.
   
"Saya yakin Ustaz Mat Razi merupakan calon BN yang paling 'sung' untuk PRK Pengkalan Kubor. Moga dapat mempertahankan kerusi BN," kata Najib yang juga Pengerusi BN dalam catatan di laman Facebook beliau.
   
Pada Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin menamakan Mat Razi, 48, bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat, sebagai calon BN bagi PRK itu 25 September ini.
   
Mat Razi yang juga anggota Jawatankuasa Umno Tumpat dipilih kerana beliau anak tempatan yang mempunyai banyak pengalaman dan jasa terhadap penduduk di Dun itu.
   
PRK itu diadakan berikutan kematian Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.
   
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
   
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan esok sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September.

No comments:

Post a Comment