PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 12 February 2014

Rayuan Kes Liwat II Anwar Ditangguh Lagi pada 28 Februari Depan

PUTRAJAYA 12 Feb - Perbicaraan kes liwat II yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sekali lagi sehingga 28 Februari depan bagi sebutan semula pengurusan kes meski dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula semalam sehingga 13 Februari ini. 
 
Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya, Aziah Ali membenarkan penangguhan yang dibuat oleh peguam Anwar Ibrahim, Karpal Singh selepas menolak permohonan untuk memanggil semula saksi, Jude Blacious Pereira bagi memberi keterangan berhubung kes liwat itu.
 
Penangguhan bagi perbicaraan kes liwat II adalah bertujuan bagi mengemukakan satu lagi rayuan oleh pihak Anwar kepada Mahkamah Persekutuan mengenai keputusan hakim di Mahkamah Rayuan hari ini yang menolak permohonannya.
 
Sebelum itu, pada sesi pagi perbicaraan, Karpal  berhujah dalam permohonannya untuk memanggil semula Supt Jude Blacious Pereira ke mahkamah bagi memberi keterangan sebagai saksi walaupun telah diragui kredibilitinya oleh hakim terdahulu, hakim Zaleha Yusof.

No comments:

Post a Comment