PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday 15 February 2014

Poster Teresa Kok Dibakar : Umat Islam Seluruh Negara Protes Video Hina Kaum

Protes di Kedah

KUALA LUMPUR 14 Feb - Umat Islam dan Melayu di seluruh negara hari ini menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap penerbitan video 'Onederful Malaysia CNY 2014' terbitan Teresa Kok apabila menganjurkan satu perhimpunan protes selepas menunaikan solat Jumaat.

Himpunan protes tersebut diadakan selepas menunaikan solat Jumaat di beberapa buah masjid peringkat Negeri termasuk di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor.
Perlis
Protes di Perlis

Mereka turut bertindak membakar poster Ahli Parlimen Seputeh itu sebagai tanda amaran agar menghentikan sebarang agenda memperlekehkan peranan Islam dan Melayu di Malaysia.

Sebelum ini, pihak polis mengesahkan sedang menyiasat kandungan video yang diterbitkan bersempena sambuta Tahun Baharu Cina itu.
Rakyat News
Protes di Terengganu

Polis juga telah memanggil Teresa Kok dan ketiga-tiga pelakon video tersebut bagi mendapatkan keterangan.

Klip video berdurasi hampir 11 minit 39 saat itu didakwa telah menghina pemimpin negara dan beberapa isu semasa termasuk insiden di Lahad Datu.

alt
Protes di Selangor

Berkonsepkan bual bicara, video tersebut turut mendapat kecaman dari pelbagai pihak susulan dakwaan terdapat ungkapan 'Melayu Sial' dalam sesi perbualan tersebut.

No comments:

Post a Comment