PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday 2 February 2014

'Saya bukan ahli politik'


KUALA LUMPUR - Terkejut namanya dicadangkan untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menegaskan, beliau bukan ahli politik.
Pemain berusia 31 tahun itu juga berkata, beliau lebih berminat untuk memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai pemain badminton antarabangsa dan bukan melibatkan diri dalam bidang politik atau bertanding pada pilihan raya.

"Jangan cakap macam itu (bersara kerana mahu menjadi ahli politik). Saya tidak suka menonjol diri dan lebih selesa dengan cara sekarang," kata bapa kepada seorang anak itu lagi.
"Saya adalah pemain badminton dan bukan ahli politik.
"Saya juga lebih suka mengambil sikap merendah diri," kata Chong Wei ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Menurut Chong Wei, beliau masih terkejut kerana menerima banyak panggilan telefon sejak namanya dikaitkan dengan kemungkinan menjadi calon BN pada pilihan raya kecil itu.

"Saya tidak tahu apa-apa, tiba-tiba dapat banyak panggilan bertanyakan tentang perkara ini, memang terkejut sangat," kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu lagi.
Chong Wei, juara All England 2010 dan 2011 merupakan bintang sukan paling berpengaruh di Malaysia dan telah memegang tampuk pemain No. 1 dunia sejak enam tahun lalu.
Beliau juga menjadi pemain Malaysia paling berjaya dalam era badminton moden dengan memenangi pelbagai kejuaraan dalam kalendar kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Tahun lalu saja, Chong Wei memenangi tujuh gelaran Siri Super dan tahun ini, beliau bakal menjadi tonggak utama negara pada Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Thomas dan Kejohanan Dunia.

Sejurus merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ke-10 pada 19 Januari lalu, beliau menyuarakan hasrat untuk bersara pada akhir tahun ini kerana mahu memberikan tumpuan kepada keluarga dan sekali gus mencetuskan tanda tanya, apakah bidang politik akan menjadi pilihannya selepas persaraan.
"Jangan cakap macam itu (bersara kerana mahu menjadi ahli politik). Saya tidak suka menonjol diri dan lebih selesa dengan cara sekarang," kata bapa kepada seorang anak itu lagi.

Sementara itu jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata, adalah tidak kena jika Chong Wei dicadangkan sebagai calon pilihan raya ketika beliau masih aktif bermain.
"Saya rasa memang tidak kena sebab beliau masih aktif, apa pun saya tidak mahu komen banyak kerana semuanya terpulang pada Chong Wei sendiri," ujarnya.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di situ, Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebarang alasan bagi membolehkan Anwar bertanding di situ.
Kelmarin, Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mencadangkan MCA meletakkan Chong Wei sebagai calon BN di DUN Kajang kerana populariti jaguh badminton dunia itu mampu menandingi populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di situ, Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebarang alasan bagi membolehkan Anwar bertanding di situ.

No comments:

Post a Comment