PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 6 February 2014

Amaran Keras NGO Buat Pemimpin Cina : Jangan Hina Islam dan Melayu

KUALA LUMPUR 6 Feb - Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini melaungkan amaran keras kepada pemimpin-pemimpin politik kaum cina agar berhenti daripada mempersendakan bangsa melayu dan agama Islam.

Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Zulkifly Sharif berkata, tindakan mereka sejak akhir-akhir ini dilihat sengaja mencetuskan kebencian terhadap kepimpinan yang diterajui oleh bangsa melayu di negara ini.

"Selepas PRU-13, orang-orang melayu dan agam Islam tidak henti-henti dipersendakan di negara inidengan pelabai provokasi yang ditunjukkan oleh segelintir ahli-ahli politik serta pemimpin kaum cina.

"Kami orang-orang melayu telah lama memerhati dan masih bersabar, tetapi kesabaran kami tetap ada hadnya dan telah hampir sampai ke kemuncaknya.

"Ini semua merupakan propaganda bagi mencetuskan kebencian rakyat dan penghinaan kepada kepimpinan melayu," katanya kepada pemberita semasa demonstrasi aman di hadapan Menara Maybank di sini hari ini.

Zulkifly menjelaskan, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan tidak terlalu tunduk kepada permainan politik daripada pihak pembangkang.

Katanya, kaum melayu di negara ini juga telah lama memendam perasaan sabar di atas penghinaan ini tindakan provokasi melampau dari pemimpin kaum cina ini dikhuatiri mampu mencetuskan ketegangan kaum.

"Kepada kepimpinan negara, ambillah tindakan yang tegas kerana kami takut jika tiada apa-apa tindakan diambil terhadap pihak-pihak yang suka mencetuskan provokasi kaum terutama ahli politik, kami bimbang peristiwa 13 Mer 1969 boleh berulang.

"Tiada guna kerajaan terus melayan kerenah puak ini kerana mandat majoriti yang telah diberi oleh rakyat adalah lebih penting dari melayan pihak-pihak yang sengaja mahu terus bermain politik selepas pilihanraya.

Demontrasi aman tersebut telah disertai oleh 7 NGO Melayu Islam antaranya, Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (PEKIDA), Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS), Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PER3), dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

No comments:

Post a Comment