PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 9 January 2015

Kerajaan Negeri Menjunjung Kasih Keprihatinan Sultan Perak



Kerajaan Negeri menjunjung kasih kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan keluarga di atas keprihatinan untuk turun bersama melihat kesusahan dan kesengsaraan rakyat yang menghadapi musibah banjir baru-baru ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau bagi pihak kerajaan negeri menjunjung kasih kepada Paduka Seri Sultan Perak dan keluarga kerana bermurah hati menyumbang bantuan kepada mangsa banjir berupa pakaian dan kasut sekolah kepada lebih 1,000 penuntut melalui Yayasan Sultan Azlan.
“Baginda begitu prihatinan apabila mencemar duli turun bersama melihat kesengsaraan dan kesusahan rakyat jelata yang menghadapi musibah banjir,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima bantuan barangan keperluan asas bagi pihak 3,500 keluarga yang terbabit dalam bencana banjir di negeri Perak daripada Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Bangunan UMNO Negeri pada Rabu.
Dr Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak berkata, 3,500 keluarga yang menerima bantuan itu adalah keluarga yang telah mendaftar dan kini berada di pusat-pusat pemindahan banjir di negeri ini.

No comments:

Post a Comment