PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 15 January 2015

Eric Paulsen Cuma Perlu Ditarbiah Bukan Ditangkap, Kata PKR



 PKR akui tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen yang dibuat di laman mikro Twitter baru-baru ini, namun parti itu juga tidak bersetuju dengan cara peguam itu ditahan polis.

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, permasalahan mengaitkan Paulsen itu boleh diselesaikan dengan cara berdialog dan berhikmah seperti yang disaran dalam Islam.

“Beliau dilaporkan telah ditahan melalui serbuan 20 anggota polis di Brickfields Kuala Lumpur walaupun telah bersetuju untuk memberi kerjasama kepada polis.

“Walaupun saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan kenyataan umum Paulsen yang boleh ditafsir menghina secara serkap jarang, namun saya juga tidak bersetuju beliau ditahan begitu rupa. Saya percaya perkara ini boleh ditangani dengan cara berdialog secara paling baik (ahsan) dan berhikmah sebagaimana yang disarankan oleh Islam melalui Al-Quran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, PKR bersedia memainkan peranan untuk menyuburkan budaya dialog perbincangan dan mengelakkan budaya ancaman serta ugutan.

“Saya percaya ada beberapa perkara dasar di sini yang perlu difahami dalam konteks Malaysia sebagai negara majmuk pelbagai agama, kaum dan budaya.

“Atas sebab itu, saya menyarankan semua pihak sama ada pihak kerajaan, polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Eric Paulsen, parti politik dan NGO untuk kembali kepada dasar ini jika kita ingin benar-benar membebaskan negara kita daripada unsur ekstremisme,” katanya.

No comments:

Post a Comment