PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday 10 January 2015

“Bantuan Banjir : Jangan Ambil Kesempatan ” – Abdul Azeez



IPOH : Orang ramai dirayu supaya tidak mengambil kesempatan terhadap bantuan pasca banjir diberikan kerajaan sekiranya tidak berkepentingan terhadap bantuan tersebut.
Menurut Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, terdapat segelintir pihak yang tidak layak bagi menerima bantuan tersebut turut tampil memohon bantuan berkenaan.
Katanya lagi, pelbagai bentuk bantuan terutamanya seperti keperluan asas seperti tilam, dapur dan bantal telah meningkat jumlahnya berikutan penambahan secara mendadak kepada keperluan tersebut dan anggaran sebenar jumlah mangsa banjir tidak diperolehi secara tepat.
“Rakyat disaran supaya tidak sewenang-wenangnya memohon bantuan berkenaan jika tidak layak kepada bantuan tersebut,” katanya.

PERAK TODAY 5
Tambahnya lagi musibah yang melanda adalah yang paling teruk dialami oleh negara Malaysia dan orang ramai disaran supaya tidak mengambil kesempatan disebaliknya.
“Saya merayu kepada semua… banjir kali ini adalah yang paling buruk pernah berlaku,” katanya.
Biro Kebajikan UMNO Malaysia hari ini menyerah sebanyak 3,500 barangan iaitu dapur, tilam, bantal dan tong gas kepada mangsa banjir di seluruh Perak manakala Biro Kebajikan UMNO negeri Perak juga turut menyumbang periuk nasi dan cerek.

PERAK TODAY 8
Tambahnya lagi bantuan yang disalurkan Biro kebajikan UMNO dan proses pasca banjir bermula sejak 18 Disember lalu untuk memberikan bantuan kepada semua kawasan terjejas seluruh Malaysia.
“Pada 23 dan 24 Disember lalu…pihak kebajikan telah berada di sesetengah kawasan seperti di Manik Urai, Gua Musang dan Pengkalan Chepa,” katanya.
Ujarnya lagi, pada peringkat pasca banjir katanya, bantuan seperti peralatan mencuci rumah akan diberikan kepada semua pihak yang ingin membantu.
“Seperti di Perak, Biro Kebajikan hanya mendapat angka sebenar mangsa dari Pejabat Menteri Besar dan bekalan bantuan disalurkan terus kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri,

No comments:

Post a Comment