PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday 20 January 2015

PM : Ekstremisme Wujud Jika Tidak Fahami Sensitiviti Agama



 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sikap ekstremisme akan wujud sekiranya setiap penganut agama tidak memahami sensitiviti agama lain.

Beliau berkata jika mahukan sebuah negara atau dunia yang aman, setiap individu itu perlu memiliki sikap dan bertindak atas rasa tanggungjawab, bukan mengikut emosi diri.

"Kita kena faham sensitiviti agama masing-masing jika kita mahu bina sebuah negara yang aman.

"Bagi memastikan ia (keamanan) dapat kita kekalkan, belia khususnya perlu terus dipupuk dengan sikap dan tindakan seperti ini," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Ke-63 Majlis Belia Malaysia di Hotel Istana, di sini, sebentar tadi.

Sebagai ketua kerajaan, Najib berkata beliau berjanji akan bertanggungjawab dan membuat yang terbaik bagi memastikan keamanan yang dinikmati kini akan kekal untuk ditatapi generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment