PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 7 November 2014

Zuraida Tidak Hormat Parlimen Pakai Vest Berlogo Parti



 Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Said menegur Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin kerana memakai vest hitam mempunyai logo parti di persidangan Dewan Rakyat.

"Menurut peraturan mesyuarat Fasal 41 (F), anggota Dewan tidak boleh memakai pakaian yang mempunyai logo atau lambang parti," katanya sambil meminta Zuraidah menanggalkan vest tersebut.
    
Beliau membuat teguran itu ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti, Datuk Amar Douglas Uggah Embas malam tadi.

Sebelum itu Menteri di Jabatan di Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim bangun dan mencelah penggulungan tersebut serta meminta Timbalan Speaker membuat teguran tersebut jika Zuraidah telah membuat apa-apa kesalahan.

Zuraidah, Ketua Wanita PKR kelihatan tersipu-sipu dalam jawapan balasnya setelah sedar akan kesilapannya itu.

No comments:

Post a Comment