PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 3 November 2014

Nepotisma dan Krisis Politik Selangor : Najib Razak Sindir Anwar Ibrahim



 Pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat begitu gah dalam laungan semangat demokrasi dan menolak budaya nepotisma namun ia sekadar 'cakap tak serupa bikin'.
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO Selangor seharusnya menggunakan peluang untuk menambat semula sokongan kepada UMNO / Barisan Nasional (BN) apabila rakyat dilihat sudah bosan dengan pemerintahan PR yang sering dipalit dengan krisis politik tanpa berkesudahan. 
"Di Selangor ini kita ada banyak 'point'. PR lakukan bermacam-macam perkara yang tidak selari, 'cakap tak serupa bikin'. Mereka mengatakan tentang demokrasi tetapi lebih mementingkan pada isteri (Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail). Suruh wakil rakyat berhenti dan menggelarkannya sebagai 'Kajang Move'. Tidak cukup dengan itu, disuruh pula Menteri Besar (bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) supaya berhenti (letak jawatan).
"Sebab apa? Sebab hendakkan isteri... (ganti Khalid). Mula-mula hendakkan diri sendiri (Anwar). Tidak dapat isteri, anak... (Nurul Izzah Anwar). Apakah ini demokrasi? Nepotisma terbuka, yang dia persalahkan (tuduh) kita sepanjang waktu tetapi dia buat lebih dahsyat daripada kita."
najib razak, umno selangor, konvensyen umno selangor, rakyat news
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvensyen UMNO Selangor 2014 : 'Bersama Melaksana Transformasi' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Hadir sama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar serta Ketua-Ketua Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Selangor.
Sehubungan itu Najib mendesak jentera parti khususnya di negeri Selangor di setiap peringkat sama ada akar umbi mahupun pimpinan tertinggi agar menyusun semula barisan dengan lebih mantap sekaligus berupaya mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN menjelang pilihanraya akan datang (PRU14).
"Kita perlu tunjuk kepada rakyat Selangor bahawa kepimpinan UMNO lebih baik, lebih bermakna, lebih jujur pada rakyat dan lebih mementingkan perjuangan untuk membela nasib rakyat," tegas beliau.

No comments:

Post a Comment