PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 19 November 2014

Speaker Dewan Tolak Usul Rafizi


Usaha Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli untuk merujuk Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan ditolak Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurut Pandikar, kenyataan yang diberikan Ahmad dalam Dewan Rakyat berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mengelirukan.

"Tidak payahlah dibahas atau dirujuk ke mana-mana jawatankuasa kerana yang berhormat timbalan menteri tidak berniat mengelirukan dewan.

"Jadi saya harap perkara ini selesai kerana tiada niat untuk mengelirukan dewan," kata Pandikar.

Beliau berkata demikian selepas meneliti hujah Rafizi dan Ahmad Maslan sendiri di Dewan Rakyat pagi ini.

Rafizi mengemukakan usul tersebut sebelum ini dengan dakwaan Ahmad mengelirukan Dewan dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

No comments:

Post a Comment