PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 24 November 2014

Najib : 3 Cabaran Utama Dunia Bina Negara Bangsa


Tiga cabaran utama perlu dihadapi dunia dalam usaha membina negara bangsa seiring perkembangan teknologi digital.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebebasan masyarakat kini berupaya berkongsi idea terhadap pentadbiran sesebuah negara secara meluas kepada dunia.
 
"Dalam usaha membina negara bangsa, kita harus sedar kebebasan maklumat juga membawa kepada penelitian yang lebih besar. Kita juga harus ingat faedah kepada ekonomi, saintifik dan budaya apabila menilai risiko," 
 
Beliau berkata demikian ketika ucaptama dalam Forum Antarabangsa 'Dunia Tanpa Batasan : Cabaran Membina Negara Bangsa' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung Tahunan UMNO kali ke 68 (PAU2014) hari ini.
 
Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,  Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta delegasi-delegasi luarnegara yang terlibat di dalam PAU2014.
 
Perdana Menteri, Najib Razak, Forum Antarabangsa UMNO, PAU2014, Shabery Cheek, Hishammuddin Hussein, Rakyat News
 
Dalam perkembangan sama, Najib yang juga merupakan Presiden UMNO itu berpandangan bahawa pemimpin-pemimpin kini dapat menilai kehendak rakyat berdasarkan maklum balas yang diperoleh menerusi laman sosial.
 
Selain itu, cabaran yang harus ditempuhi dunia adalah berhadapan dengan individu yang berbeza idea dan pendapat.
 
"Ya, ini lebih kritikal dan ada kalanya berdepan cabaran lebih kompetitif. Tetapi ia juga memberi peluang kepada kerajaan melihat setiap cadangan rakyat tanpa perlu menapis dari peti cadangan diterima, seterusnya dapat memberi maklum balas segera.
 
"Pembinaan negara bangsa memerlukan kita mendekati rakyat yang membina sesebuah negara. Ia adalah satu usaha yang memerlukan kerajaan untuk membina identiti yang lebih kuat," katanya.
 
Sementara cabaran ketiga pula adalah berkaitan soal diplomatik berikutan ia kini dilihat lebih bersifat terbuka.
 
Perdana Menteri, Najib Razak, Forum Antarabangsa UMNO, PAU2014, Shabery Cheek, Hishammuddin Hussein, Rakyat News
 
"Untuk beberapa abad yang lalu, diplomasi memimpin dunia, dengan pembinaan bahasa dan konvensyen yang lebih berhati-hati. Perubahan ini hadir dari peringkat akar umbi hingga atasan. Kerajaan dan perniagaan kini mengetahui bahawa data atau rahsia boleh diakses bukan saja oleh pesaing mereka, bahkan oleh seluruh dunia.
 
"Saya percaya dunia yang sentiasa berhubung akan menjadi sebuah negara yang lebih baik. Sebagai pemimpin, kita mesti memastikan bahawa internet adalah salah satu medium yang signifikan untuk memacu sebuah negara bangsa yang lebih hebat," katanya. 

No comments:

Post a Comment