PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 13 November 2014

PAU 2014 : Hishamuddin Peringatkan Pembahas Supaya Tidak Bersifat Apologetik



 Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan kepada pembahas-pembahas usul pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU 2014) supaya tidak bersifat ‘apologetik’ pada sesi pembahasan yang akan diadakan pada 25 November sehingga 29 November ini.

Hishammuddin yang juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Usul Majlis Kerja Tertinggi bagi PAU 2014 berkata usul daripada suara akar umbi dan denyut nadi rakyat perlu diberi keutamaan pada perhimpunan tersebut.

"Tanpa kebijaksanaan UMNO dan ketokohan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tak mungkin pelbagai masalah termasuk MH17 dapat diselesaikan. Jadi kenapa kita hendak terlalu apologetik.

"Sebab itu saya mahu bahawa usul-usul kita mempunyai kandungan yang betul-betul dapat dijiwai oleh mereka di bawah. Saya mahu usul yang bersifat inklusif," katanya ketika berucap sebelum merasmikan Persidangan Meja Bulat Usul Majlis Kerja Tertinggi bagi Perhimpunan Agung UMNO disini, hari ini.

Menurut Hishammuddin, isu-isu sensitif boleh diterima untuk dibahaskan secara teguran yang bukanlah bersifat emosi.

Isu sekolah aliran jenis kebangsaan merupakan antara yang akan disentuh oleh pembahas ketika persidangan itu berlangsung.

Bagi nota Jawatankuasa Usul melibatkan draf usul ucapan Dasar Presiden telah dipengerusikan oleh Hishammuddin sendiri.

Tan Sri Jamaluddin Jarjis mempengerusikan draf usul ekonomi , Datuk Seri Jamil Khir Baharom mempengerusikan draf usul agama dan Datuk Seri Idris Jusoh mempengerusikan draf usul pendidikan.

Semalam, UMNO telah menerima sebanyak 755 usul daripada 191 bahagian yang mana ianya merangkumi 638 usul bagi rujukan dan 117 tanpa bahas.

Daripada jumlah usul rujukan yang akan dibahaskan, ia merangkumi 170 usul sosial, 121 usul pendidikan, 87 usul politik, 81 usul berkaitan pindaan perlembagaan parti, 74 usul agama,  67 usul ekonomi, dan 38 lagi lain-lain.

No comments:

Post a Comment