PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday 22 November 2014

#PAU2014 : Perwakilan Diingat Tidak Sentuh Isu Sensitif



Para perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO kali ke 68 (PAU2014) diingatkan supaya tidak menyentuh isu-isu sensitif.
Menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, antara usul-usul yang bakal dibahaskan dalam persidangan tersebut ialah ucapan dasar Presiden, ekonomi dan agama serta pendidikan.
"Kita nak nasihatkan pembentang usul, mereka bebas untuk mengutarakan apa sahaja isu, hanya kita tak nak mereka menyentuh masalah-masalah peribadi, perkara sensitif di antara kaum dan di antara ahli-ahli UMNO," katanya pada sidang media sempena PAU2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Hadir sama Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusof.
Terdahulu Tengku Adnan memberitahu bahawa sebanyak 106 buah agensi media melibatkan media cetak, elektronik dan media sosial telah berdaftar bagi membuat liputan untuk PAU2014 yang dijadualkan berlangsung pada 25 - 29 November ini.

No comments:

Post a Comment