PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 17 November 2014

PKR Anggap Perbalahan DAP, PKR Isu Kecil


Pertikaman lidah secara terbuka antara DAP dan PAS semakin ketara dan PKR selaku rakan Pakatan Rakyat (PR) menganggap perkara tersebut sebagai perkara remeh.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, pertelingkahan antara dua parti tersebut tidak perlu diambil berat malah ianya bukannya masalah dalaman yang perlu diberi fokus.

“Saya percaya hal ini boleh diselesaikan secara baik dalam PR.

“Saya tidak melihat ia sebagai satu isu besar. (Datuk Seri) Hadi dan pimpinan PAS memberikan komitmen positif dalam Pakatan sehingga menghasilkan kejayaan dalam pilihan raya umum,” katanya.

DAP menerusi penasihat parti Lim Kit Siang berkali-kali menegaskan kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyertai mesyuarat Mesyuarat Kepimpinan PR.

Katanya, kehadiran Hadi penting bagi menggerakkan PAS mengikut acuan PR menggunakan kuasa veto yang dimilikinya sebagai Presiden.

“Ini satu permintaan yang munasabah kerana hanya Abdul Hadi memegang kuasa penuh dalam PAS untuk membuat keputusan dan beliau menikmati kuasa veto penuh itu termasuk ke atas Jawatankuasa Pusat PAS.

“Maka kehadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat satu kemestian untuk untuk Pakatan Rakyat berfungsi bersama sebagai satu gabungan serta memastikan kepaduan dasar dan perpaduan,” kata Kit Siang.

Hadi sementara itu menjelaskan ketidakhadirannya di dalam mesyuarat PR adalah disebabkan faktor kesihatan.

No comments:

Post a Comment