PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday 8 November 2014

UMNO Jangan Jadi Parti Retorik



BLOG UMNO BAHAGIAN CHERAS -  DATUK Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, UMNO perlu menjuarai isu yang menyentuh kepentingan rakyat jika mahu perjuangan parti berterusan mendapat sokongan khususnya daripada pengundi Melayu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, perjuangan UMNO sejak mula ditubuhkan sememangnya amat sinonim dengan denyut nadi orang Melayu dan mereka sentiasa memberikan keyakinan tinggi terhadap parti itu.

"Pada hakikatnya, UMNO mendarahdaging dalam perjuangan orang Melayu, orang Melayu menjadikan parti itu sebagai perisai mereka, tetapi malangnya sejak akhir-akhir ini UMNO seperti gagal berfungsi sepertimana matlamat asal penubuhannya," tegas beliau.

Beliau tidak menafikan perkara itu berlaku kerana sikap dan perangai sesetengah pemimpin UMNO yang hanya mengutamakan agenda peribadi dengan menjadi parti sebagai batu loncatan.

"Presiden UMNO sentiasa mengingatkan supaya UMNO berubah dan perlu diubah sejajar dengan transformasi politik, tetapi selagi masih ada sesetengah pemimpin yang tamak haloba dan mengutamakan kedudukan, selagi itulah parti berada di tahap lama," tegasnya.

Menurutnya, Datuk Seri Najib Tun Razak kadangkala melahirkan rasa kecewa dengan 'telatah' pemimpin UMNO yang hanya memikirkan bagaimana untuk kekal berkuasa dan dipilih menjadi calon pilihan raya sehingga memberikan maklumat yang tidak tepat.

"Sebagai pemimpin UMNO, kita sepatutnya ikhlas terhadap falsafah perjuangan parti dan memberikan komitmen dan sokongan terhadap kepimpinan Najib yang juga Perdana Menteri," tegasnya.

Jelas beliau lagi, sokongan orang Melayu terutama di kawasan bandar semakin terhakis yang berpunca daripada ketidakupayaan UMNO meyakinkan rakyat berhubung dengan pelbagai isu semasa.

"Yang menjadi bertambah malangnya kita sekadar mengulangi cerita-cerita retorik, masih tidak berubah, masih kekal dengan falsafah lama kerana tamakkan jawatan serta kedudukan," tegasnya.

UMNO kata beliau, bukan sekadar perlu berubah mengikut peredaran masa malah perlu lebih aggresif menjuarai isu berkaitan kepentingan rakyat khususnya yang melingkari sosio budaya serta ekonomi orang Melayu.

"Kita sering bercakap soal perubahan, kita mengajak rakyat supaya berubah, tetapi kita sendiri (pemimpin) agak takut untuk berubah kerana khuatir akan kehilangan kedudukan dan kuasa," tegasnya lagi.

Malah kata beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, adalah tidak perlu untuk UMNO sentiasa mengulangi kisah-kisah kejayaaan silam sehingga menjadi alpa terhadap cabaran di depan mata.

"Kita selalu berbangga dengan kejayaan silam UMNO memenangi pilihan raya, kita ulangi kisah-kisah lama, sedangkan kita terlupa bahawa cabaran mendatang semakin getir kerana pihak lawan juga mempunyai kaedah untuk menyerang dan melumpuhkan jentera parti," katanya.

Sehubungan itu kata beliau,  Perhimpunan Agung UMNO pada 25 hingga 29 November ini perlu dijadikan medium untuk mencerahkan semula harapan rakyat dan ahli-ahli UMNO disamping tidak berterusan 'berhujah'  dengan cerita retorik.

"Kita harap perhimpunan tersebut akan menajdi gelanggang kepada ahli-ahjli UMNO memperbetulkan persepsi, membaiki sikap dan menguatkan iltizam, bukan lagi sebagai 'acara' untuk melepaskan geram dan mengulangi ungkapan retorik," tegasnya.

Beliau menjelaskan, rakyat di bawah sudah bosan dengan ungkapan dan pengharapan retorik yang diulangi setiap tahun tetapi tahap perubahan masih berada di takuk lama sehingga membuka ruang kepada pembangkang mengeksploitasikan keadaan.

Tambah Syed Ali lagi, keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu perlu dijadikan garis panduan untuk menilai secara jujur setakat mana sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO dan sejauhmana mana pula keikhlasan bukan Melayu mengundi calon Barisan Nasional (BN).

"Walaupun analisis itu mungkin pahit tetapi perlu ditelan, itulah hakikat sebenar betapa pengundi Melayu telah beralih haluan. Ini terjadi bukan disebabkan UMNO itu tidak baik tetapi faktor sesetengah pemimpinn yang menjolok mata," tegasnya.

Menurut beliau, perangkaan sokongan orang Melayu luar bandar terhadap UMNO semakin meningkat berbading Melayu bandar tetapi petunjuknya tetap membuktikan bahawa hala tuju perjuangan parti masih lagi relevan.

"Barangkali di bandar sikap pengundi telah dipengaruhi oleh terjahan pembangkang yang terlau kuat dengan sogokkan isu politk semasa yang gagal ditangani oleh UMNO secara berkesan," ujarnya.

Oleh sebab itu katanya, pendekatan parti terhadap warga bandar terutama generasi muda perlu diberikan tumpuan yang khusus bagi memastikan mereka tidak berterusan cenderung kepada dakyah pembangkang.

Kata Syed Ali lagi, anjakan dan perubahan iklim politik masa kini bergerak terlalu pantas dengan sokongan media baru yang menuntut setiap ahli dan pemimpin UMNO supaya mempunyai kecekapan, kemahiran dan kefahaman untuk mematahkan serangan tersebut.

"Kita boleh percaya kepada penyebaran makumat menerusi laman-mana sosial, tetapi adakalangnya pihak lawan menggunakan kemudahan tersebut untuk menabur fitnah secara terancang," tegasnya.

Beliau bagaimanapun kesal kerana jentera UMNO seperti agak lambat untuk menepis serangan pembangkang dan tidak berminat untuk mengeksploitasikan apa jua isu berkaitan pihak lawan.

"KIta bukannya turut menyebarkan fitnah dan tuduhan, tetapi kita boleh mengambil isu tersebut,contohnya keretakkan hubungan DAP dan PAS supaya rakyat lebih memahami bahawa pakatan pembangkang tidak memberi sebarang manfaat kepada mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment