PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 27 February 2015

Kerajaan Sedia Ada Akan Terus Memartabatkan Kaum Melayu - Najib



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memberikan jaminan bahawa kerajaan sedia ada di bawah pimpinannya akan terus membantu orang melayu serta kaum bumiputera di Malaysia.
Najib berkata, agenda memartabatkan bumiputera akan terus menjadi agenda terpenting negara lantas kerajaan akan terus menggubal dasar serta langkah yang bersesuaian dalam memartabatkan melayu.
“Agenda bumiputera akan terus menjadi agenda nasional, maka kita akan terus menggubalkan dasar program dan tindakan yang bersesuaian,” katanya ketika berucap di Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam tadi.
Ribuan belia dan veteran Melayu berkumpul di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini untuk menghadiri Perhimpunan Gerakan Perpaduan Melayu bertujuan memperkukuh saf perpaduan dalam memperkasa masyarakat Melayu.
Acara yang diserikan dengan kehadiran jemputan terdiri daripada kalangan pemimpin ulung Melayu itu bermula dengan solat Maghrib berjemaah.
Kemuncak perhimpunan itu, Najib menyampaikan amanat khas yang mesej terkandung di dalamnya bukan sahaja untuk dihayati hadirin di stadium malah umat Melayu yang mementingkan perpaduan di seluruh negara.
Sementara itu, Najib ketika ucapannya turut menyuarakan rasa bangga terhadap perhimpunan yang disifatkan lain daripada perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.
“Lazimnya dalam perhimpunan lain, mereka hanya melihat apa yang kerajaan boleh lakukan, tetapi pada himpunan ini memaparkan apa yang orang Melayu boleh lakukan.
“Kita berhimpun bukan sebagai orang Melayu yang tertekan tetapi sebagai Melayu yang berjaya sudah berjalan jauh,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment