PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 26 February 2015

Zaid Ibrahim : Kenyataan Berapi Anwar Melampaui Batas



Kata-kata akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kandang tertuduh selepas dirinya dijatuhkan hukuman oleh barisan hakim Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mendapat perhatian bekas ahli politik dan peguam terkemuka Datuk Mohd Zaid Ibrahim melalui penulisan beliau di blog www.zaid.my.

Zaid berkata, ramai orang tidak perasan bahawa susunan kata Anwar terhadap hakim itu seperti ‘berbunga-bunga’ dan seperti sudah dilatih.

“Adakah dia tahu lebih awal bahawa dia akan dijatuhkan hukuman? Adakah kata-kata itu tercetus akibat dibakar keperitan dan ketakutan dikenakan hukuman penjara lebih panjang? Atau adakah ucapan itu disediakan oleh seorang penulis ucapan hebat  yang mahu ia diingati generasi akan datang?

“Dia telah menyerang para hakim dengan kata-kata yang sangat tersusun dan terpilih. Dia menyifatkan para hakim sebagai pengecut kerana mengikut  telunjuk tuan politik,” kata Zaid.

Zaid juga mengulas semula ucapan Anwar yang mempertikai bahawa hakim telah memilih ‘kegelapan’ dan menghancurkan moral mereka dalam kepalsuan.

Anwar mempersoal kenapa mereka tidak mengambil peluang untuk menebus imej kehakiman. Anwar juga membidas para hakim kerana mensia-siakan peluang untuk mengukir nama sebagai pejuang keadilan.

Ucapan tersebut, menurut Zaid, walaupun pendek namun telah diolah supaya kedengaran seperti ucapan bersejarah Nelson Mandela, Mahatma Gandhi atau Socrates.

Zaid menulis, Anwar meletakkan dirinya di aras yang sama dengan figura-figura tersohor itu yang menjadi mangsa penindasan dan juga pejuang hebat.

Maka dia perlu meyakinkan orang awam bahawa dia tidak akan berputus asa lalu meminjam kata-kata keramat Winston Churchill – ‘Saya tidak akan menyerah kalah’,  sewaktu dalam kandang tertuduh.

“Saya berpendapat, di sini, Anwar telah melampaui batas.

“Adalah suatu yang biasa untuk tidak bersetuju dengan keputusan para hakim, atau untuk mengkritik pertimbangan mereka, namun untuk menuduh mereka itu bersubahat dan terlibat dalam perancangan politik untuk memenjarakan dirinya (Anwar) adalah tuduhan tanpa asas dan layak dikecam,” kata Zaid.

Zaid memberitahu, jika Anwar dan pasukan pembelaannya mempunyai bukti kukuh bahawa hakim-hakim tersebut ‘bersubahat’ dengan pemimpin politik tertentu untuk memenjarakan beliau, mereka sepatutnya sudah memohon untuk menukar barisan hakim lebih awal.

“Hakim-hakim ini tidak mungkin menjadi pembelot kepada sistem keadilan semudah itu, hanya kerana keputusan mereka dalam kes Anwar,” kata Zaid.

No comments:

Post a Comment